`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 26, 2014

Berita Memeranjatkan Dari Mahkamah Melaka


AYER KEROH - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sebagai plaintif gagal membuktikan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Ketua Wanita MCA Melaka,Datuk Kian Sit Har terlibat merosakkan harta benda pihak berkuasa tempatan itu ketika perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan pada 28 April 2012.

Hakim Zaman Mohd Noor turut mengarahkan MBMB membayar kos mahkamah sejumlah RM30,000 setiap seorang kepada kedua-dua defendan itu.

Keputusan itu dilakukan berdasarkan keterangan defendan dan selepas mendengar hujah balas kedua-dua pihak sebelum pihak pendakwa gagal membuktikan mereka terlibat menyebabkan kerugian kerosakan harta benda MBMB.

Kedua-dua mereka diwakili peguam, Chin Choon Siong dan Kang Siau Sang.

Pada 4 Mei 2012, MBMB memfailkan saman mendakwa kedua-duanya selaku penganjur, peserta, penyokong, pemberi arahan atau pencetus rasa marah serta orang yang bertanggungjawab dalam menganjurkan perhimpunan tidak sah itu sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian apabila harta benda awam dirosakkan.

Pada pernyataan tuntutan itu, MBMB mendakwa peserta dan penyokong perhimpunan itu telah memasuki dan berkumpul di hadapan pintu masuk dataran terbabit dengan niat mencetuskan kekacauan serta mengganggu ketenteraman awam.

MBMB turut mendakwa larangan dan arahan dikeluarkan penguatkuasanya bagi menyuraikan penyokong atau peserta perhimpunan di dalam kawalan defendan tidak diendah, sehingga menyebabkan lapan anggota penguatkuasa cedera apabila besi penghadang yang disusun diasak dan ditolak penyokong perhimpunan itu.

Justeru, MBMB memohon gantirugi teladan, am dan khas, kos dan lain-lain relif yang dianggap adil serta berpatutan oleh mahkamah.

Sementara itu, Poay Tiong, 45, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, beliau dan Sit Har sepakat untuk menggunakan wang yang dibayar MBMB itu untuk tujuan kebajikan. ~sinar harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.