`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 24, 2014

[BERGAMBAR] Tips Kecil Elak Anak Terkunci Dalam Kereta


Kanak-kanak terperangkap dalam kereta 

JASIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris lemas selepas terperangkap dalam kereta milik bapanya di sebuah stesen minyak di bandar Jasin, malam kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan berseorangan dalam kereta jenis Proton Exora selepas bapanya ke kaunter minyak sebelum kereta yang dimatikan enjin itu terkunci secara tiba-tiba.

Seorang pekerja stesen minyak itu yang enggan dikenali berkata, tidak lama selepas lelaki berusia 40-an itu ke kaunter stesen minyak, penggera keretanya berbunyi sebelum dia mendapatkan kenderaannya dan mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya.


Menurutnya, ketika itu kanak-kanak terbabit sedang tidur dalam kenderaan berkenaan sebelum terjaga beberapa minit kemudian.

“Saya kemudian meminta pelanggan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantu membuka pintu kereta tersebut.

“Biarpun tersedar dari tidur, kanak-kanak itu tidak menangis dan sempat diagah oleh orang ramai bagi menghilangkan rasa ketakutan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM daerah Jasin Sarjan Mejar Muhamad Alif Abd Rahman berkata, dia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas terpaksa memecahkan salah sebuah cermin kenderaan itu.

Menurutnya, sebelum itu, dia bersama empat anggotanya berusaha membuka cermin tingkap kereta sebelah kiri dengan cara manual, namun tidak berjaya.

“Disebabkan itu, kami terpaksa memecahkan cermin kereta berkenaan bagi menyelamatkan mangsa,” katanya.

ULASAN GB

Alhamdulillah, mujur anak itu selamat. Jika tidak bukankah sesal tak sudah sang bapanya...

Sudah banyak kes anak tertinggal di dalam kereta berlaku. Dan di dalam kes-kes berkenaan, kebanyakannya pula adalah kerana kereta terkunci dari dalam.

Ia sepatutnya menjadi pengjaran kepada semua, jangan samasekali tinggalkan kunci kereta di dalam sewaktu anda meninggalkan kereta berkenaan.

Kedua, sentiasa bawa kunci pendua (kuncinya sahaja tanpa alat penggera) dan simpan di dalam dompet.

Ini memudahkan anda untuk membuka kereta secara manual apabila pintu kereta tertutup secara automatik. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.