`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 22, 2014

BERANIKAH TABUNG HAJI SAMAN BLOGGER OTAI UMNO INI YANG DIKATAKAN MEMFITNAH LEMBAGA TABUNG HAJI ISU PELABURAN TH DI AMERIKA SYARIKAT????



KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini.

TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat. 

Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar. 

Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya.  

Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya.  

Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat.

TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya.

TAK KAN KESAL SAJA BRO ... KASI SAMANLAH KALAU BERANI DAN APA YANG DIKATAKAN BLOGGER PRO KETAT MAHATHIR ITU TIPU DAN FITNAH ... LEBIH CAKAP DENGAN BUAT KENYATAAN PENAFIAN TIADA GUNA ... COURT DALAM CERITA... NAMA BAIK DAN INTEGRITI TABUNG HAJI AMAT TERJEJAS TERUK SEKALI DENGAN ARTIKEL BELIAU INI .. APA TUNGGU LAGI ... SAMANLAH .. PANEL PEGUAM TABUNG HAJI BUKAN KECIL ANAK PUNYA... JANGAN DISEBABKAN PENGERUSI DENGAN BLOGGER INI MACAM SATU BENDERA MAKA TIDAK BERANI NAK SAMAN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.