`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 24, 2014

Azmin kini ‘Supremo’ PKR?

Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru ada pengaruhnya kepada pengambilalihan kuasa dalam PKR.
COMMENT
Sudah berapa kali Azmin dipinggirkan
azmin anwar mudaBerdiam diri tidak bererti menyerah kalah. Mungkin tuah atau memang sesuatu yang telah dirancang dalam senyap, ‘bisunya’ Azmin ketika seluruh Selangor bergegar dengan krisis perlantikan Menteri Besar yang baharu membuahkan sesuatu yang sangat istimewa bagi dirinya. Manakan tidak, tampuk pemerintahan negeri termaju di Malaysia itu kini miliknya.
Namun perjalanan Azmin dalam mendaki tangga menjadi Menteri Besar yang baru ini dilihat bercampur-baur. Kadangkala nampak beliau terkebawah dan kadangkala nampak pedih, apatah lagi dengan pengkhianatan dari mentornya sendiri, Anwar Ibrahim. Senario Azmin dipinggirkan sudah menjadi sesuatu yang normal dalam PKR dan ianya bermula sejak PRU 12 lagi.
Dijanjikan jawatan yang sekarang miliknya, Azmin gigit jari bila Khalid Ibrahim yang dipilih sendiri oleh Anwar untuk duduk di kerusi empuk Menteri Besar. Maka terpadam seketika cita-cita Azmin dek kerana Anwar mungkir janji.
Penggal seterusnya juga sama. Khalid Ibrahim tetap jadi pilihan Anwar. Lebih malang bagi Azmin apabila pada penghujung 2013 beliau disingkirkan dari PKNS oleh Khalid.
Namun yang menjadi persoalannya adakah pemecatan Azmin itu direstui oleh Anwar. Apa yang dilihat Anwar terus membisu dan tidak menyebelahi Azmin untuk kekal di PKNS. Azmin ‘ditendang’ tanpa pembelaan.
rafizi kajang300Kemudiannya menyusul pula ‘Langkah Kajang’. Diatur dan disusun oleh Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar. Rancangan separa matang yang tidak cukup pertimbangan ini tidak kesampaian apabila Anwar didakwa bersalah di atas kes liwatnya.
Sebagai galang ganti, Anwar meletakkan isterinya Wan Azizah di Kajang. Kemenangan Wan Azizah di DUN Kajang menjadi pemangkin mengambilalihan jawatan Menteri Besar walau penyandangnya belum pun meletak jawatan, jauh sekali dipecat dari parti.
Azmin kecewa lagi. Ura-ura jawatan Menteri Besar akan dikosongkan sudah ada, namun kali ini Anwar memilih Wan Azizah pula. Terpinggirlah Azmin.
‘Langkah Azmin’ mengatasi ‘Langkah Rafizi’
Kekuatan sebenar Azmin mungkin tidak dizahirkan secara terbuka seperti mana yang dilakukan Rafizi. Mendapat restu serta meyakinkan pihak Istana bukan satu tugas mudah. Apatah lagi bila Azmin dan konco-konconya senyap tidak bersuara. Siapa yang tahu bagaiman dan strategi apa yang digunapakai sehingga tidak langsung terhidu oleh umum.
Apa yang pasti, Langkah Azmin tidak nampak sumbang berbanding Rafizi yang juga terkenal dengan panggilan ‘master strategist’ tersungkur dengan Langkah Kajangnya,
Reformasi dalam PKR
Azmin-mbKini, dengan kedudukan Azmin yang baharu, dia mampu membawa perubahan, atau mungkin perkataan yang lebih sesuai digunakan supaya sinonim dengan parti adalah transformasi besar-besaran dalam PKR.
Azmin memungkinkan PKR menjadi parti pambangkang yang berkredibiliti tinggi dan tidak bergantung pada cerita-cerita dongeng sebagai modal politik mereka.
Persoalan samaada Azmin akan tunduk pada Anwar atau merampas parti dari ‘reformer’ yang kian senja itu tergantung kepada keputusan Azmin selepas ini. Jika Anwar dikembalikan kepada kedudukannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, maka tiadalah perubahan besar dalam parti kerana Azmin masih lagi berada dibawah ehsan Anwar. Namun jika yang sebaliknya berlaku, kita mungkin bakal melihat kelahiran semula PKR yang bebas dari bayang-bayang Anwar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.