`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 22, 2014

AZMIN ALI BAKAL MENERIMA NASIB SEPERTI KHALID JIKA TERIMA JAWATAN

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, yang dikatakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, tidak mendapat sokongan daripada partinya. 

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tiada cubaan untuk berunding dengan parti untuk mengubah pendirian parti sekiranya Azmin atau mana-mana calon mendapat sokongan majoriti, yang merupakan kriteria utama dalam pelantikan menteri besar yang baharu. 

"Kami agak tertanya-tanya sekiranya pihak istana memilih nama yang selain daripada calon yang telah dipilih oleh PKR dan parti komponen Pakatan Rakyat," katanya. 
"Kriteria tunggal untuk calon menteri besar, perlu mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri. Tidak kisah sama ada calon tersebut tidak mempunyai parti sekali pun," kata Chua. 

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata parti tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Wan Azizah  sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau petik sebagai berkata keputusan dan pendirian parti itu adalah atas kepercayaan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan.

Saifuddin turut menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar yang baharu.
Sementara itu, Bendahari Agung PKR, William Leong berkata parti itu juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon selain daripada Wan Azizah, yang juga isteri kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"PKR dan DAP tidak pernah memberikan nama calon lain," katanya. 

Akhbar The Star pada Jumaat melaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Azmin Ali, Iskandar Samad yang juga Adun Chempaka dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Adun Sijangkang secara berasingan pada awal minggu ini.

Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian masing-masing untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Jumaat dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya pada Isnin bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.