`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 23, 2014

Azmin akan siasat punca Khalid singkir Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor

  Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar Ramy Afifin/Selangorkini, 23 September, 2014.  Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar Ramy Afifin/Selangorkini, 23 September, 2014. 
Punca penyingkiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam akan disiasat, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar baharu yang mengangkat sumpah lantikan pagi tadi berkata, pihaknya akan meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Khalid sebelum bertindak mengembalikan semula jawatan asal dalam negeri itu kepada Anwar.
"Saya baru dimaklumkan semalam ada keputusan yang dibuat, jadi saya lihat dulu apakah keputusan itu," katanya kepada pemberita di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat terakhir Khalid bersama empat exco PAS semalam.
"Kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Selangor," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin dalam satu kenyataan.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.