`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 2, 2014

Awas, kemungkinan ada kes culik di Rembau


Pagi tadi jam 6.55 pagi Selasa 2 Sept 2014 saya menerima panggilan telefon dari ibu saya. Katanya ketika anak lelaki saya yang tingkatan 2 sedang menunggu van kawan saya untuk ke sekolah di luar rumah, ada sebuah van muncul seakan-akan van yang biasa membawa dia ke sekolah.

Keadaan tak berapa terang lagi, apabila anak saya menghampiri van tersebut, dia dapati van tersebut bukan van yang selalu ambil dia. Dia berpatah balik, sejurus kemudian van yang biasa ambil anak saya datang di belakang van misteri tadi.

Van misteri tadi terus memecut lari dari tempat tersebut. Saya mengesahkan dengan pemandu van yang mengambil anak saya, memang betul ada van bewarna gelap, seakan model Ford Econovan yang lama.

Saya tidak pasti samada ini adalah kemungkinan kes culik. InsyaAllah saya akan membuat laporan polis walaupun maklumat lengkap tidak dapat diperolehi kerana keadaan gelap.

Lepas ini saya akan suruh anak saya tunggu dalam pintu pagar bukan luar pintu pagar untuk menunggu van ke sekolah.

Harap semua ibu bapa dan pelajar berhati-hati. Kes culik sekarang tak mengenal mangsa, orang dewasa pun mereka boleh culik, inikan pula budak lelaki sekolah menengah.

Pesanan saya kepada Menteri Dalam Negeri, tolonglah jangan arahkan polis siasat Unit Amal atau Jabatan Amal, terlalu banyak kes jenayah sekeliling kita. Dato Menteri ada “body guard” , “body guard” kita hanya ALLAH.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.