`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 25, 2014

'Adun Pengkhianat' PAS akan dilantik sebagai Exco Selangor?

Takkan kut Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR tak teringin nak bagi 'pengiktirafan' kepada 2 Adun PAS tu yang bertindak berani duduk bersama PKR dalam kemelut isu MB Selangor sebelum ni.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Komposisi ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco) bagi setiap parti Pakatan Rakyat (PR) kekal dan tidak berubah, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata PAS akan kekal mendapat 4 kerusi exco, manakala DAP ‎dan PKR masing-masing 3. - TMI.
Bab ni aku salute Azmin Ali, walaupun ada desakan dari Ketua Wanita PKR supaya PAS dikurangkan kerusi Exco dan cuma diberi 'saguhati' sahaja dalam perlantikan Exco Selangor.

Kinitv melaporkan:
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya mengurangkan jumlah empat kerusi exco kerajaan negeri yang sebelum ini diperuntukkan kepada PAS.

Katanya, memandangkan PAS tidak menyokong kedua-dua calon PKR iaitu Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, maka wajar, PAS hanya diberikan kerusi ‘sagu hati’. - KiniTv.

PAS Selangor pulak mendesak Azmin supaya mengekalkan koata 4 kerusi Exco untuk PAS macam yang dilaporkan Malaysiakini:
PAS Selangor pula bertegas akan mempertahankan komposisi empat orang exconya dalam pentadbiran Selangor.

Pengerusinya Iskandar Ab Samad berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya. - Mkini.
Harakahdaily pula melaporkan:
PAS sudah menyerahkan senarai nama calon exco mereka kepada Menteri Besar Selangor, untuk dipersembahkan kepada Sultan yang dijadual hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah memilih nama tersebut selepas PAS Selangor menyerahkan mandat membuat pilihan kepada PAS Pusat. - Hrkh.
Dalam bab perlantikan Exco ni aku rasa akan ada kejutan dari segi siapa yang akan dilantik sebagai Exco untuk isi 'koata' PAS.

Aku dok rasa paling kurang sorang dari 2 Adun yang Presiden PAS label sebagai 'pengkhianat' akan dilantik sebagai salah seorang Exco Selangor yang baru.

Takkan kut Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR tak teringin nak bagi 'pengiktirafan' kepada 2 Adun PAS tu yang bertindak berani duduk bersama PKR dalam kemelut isu MB Selangor sebelum ni.

Takkan kut PKR langsung tak teringin nak 'pulang paku buah keras' kat PAS yang selama ni cukup menyesakkan PKR dalam kemelut isu MB Selanbor ni.

Tambah-tambah pulak Saari Sungip katanya turut hadir dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang ambil keputusan untuk menkiktiraf perlantikan Azmin sebagai MB Selangor yang baru.

Lagi pun, sampai ke hari ni, 2 orang Adun PAS tu belum dibuktikan beraslah dan diambil apa-apa tindakan oleh PAS selain dari 'kecaman peribari' Presiden PAS dalam ucapan penggulungan dalam muktamar Agung PAS baru ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.