`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, September 21, 2014

Adun Hulu Klang cabar Hadi buktikan ‘dibeli’ untuk sokong Dr Wan Azizah

Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 mengatakan Saari dan Adun Morib Hasnul Baharuddin dicuri dan dibeli untuk menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2014. Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 mengatakan Saari dan Adun Morib Hasnul Baharuddin dicuri dan dibeli untuk menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2014. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar membuktikan beliau "dibeli" seperti didakwa dalam ucapan penggulungan presiden PAS itu semalam.
Adun PAS itu berkata beliau menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak melakukan pelbagai kerosakan.
"Khalid dakwa beliau mempunyai sokongan majoriti, dan dia mula memecat ahli exco.
Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor semalam mengatakan Saari dan Adun Morib Hasnul Baharuddin dicuri dan dibeli untuk menyokong Dr Wan Azizah.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.
"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?
"Kita tidak pandang ringan dua wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.
Pada 14 Ogos lepas, Saari dan Hasnul bersama-sama 28 lagi Adun PKR dan DAP Selangor menandatangani SD untuk menyatakan mereka hilang keyakinan terhadap Khalid dan menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baru.
Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Disebabkan Saari dan Hasnul menyokong Dr Wan Azizah, usaha mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor dengan sokongan PAS dan Umno digagalkan.
Saari berkata apa yang beliau dan Hasnul katakan pada ketika itu untuk menafikan apa yang dilakukan Khalid.
"Bagaimanapun peguam menerangkan bahawa Dewan Undangan Negeri memerlukan sokongan seorang lagi calon bagi mengesahkan SD berkenaan, jadi kami menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah kerana PKR dan DAP bersetuju dengan pencalonan beliau," katanya seperti dilaporkan portal itu.
Adun Hulu Klang penggal kedua itu berkata, kesilapan yang dilakukannya hanyalah demi menyelamatkan kedudukan PR di Selangor dan membidas PAS kerana membenarkan ahli parti mencaci dan menghina beliau tanpa mengetahui kisah sebenar.
"Ramai sarjana Islam dalam parti, namun mereka membenarkan usul untuk mengutuk tindakan saya, perenggan mana dalam Perlembagaan parti membenarkan hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan dijalankan? Adakah ini sebuah parti Islam?
"Di Muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila ada perwakilan yang memohon doa daripada Allah agar perkara buruk berlaku ke atas saya. Ini benar-benar memalukan parti," katanya merujuk kepada kecaman, penghinaan dan cercaan yang dilemparkan terhadap beliau dan Hasnul semasa muktamar PAS yang berakhir semalam.
Saari merupakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan menulis beberapa buah buku untuk menentang akta itu.
Sebelum menyertai PAS, beliau aktif dengan badan bukan kerajaan Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang kini dikenali sebagai Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.