`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 23, 2014

ADAKAH BARISAN EXCO SELANGOR YANG DI PECAT DIBERIKAN PELUANG KEDUA DAN EXCO-EXCO PAS DIKEKALKAN?????


Setelah selesai Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu YAB Azmin Ali angkat sumpah .. kini giliran memilih barisan Exco kerajaan Negeri pula yang perlu dilantik dengan perkenan pihak istana.

Ramai dikalangan rakyat bawahan bertanya adakah barisan exco yang dipecat dibawah kepimpinan TSKI akan dilantik semula???? .. Adakah barisan exco dari PAS di kekalkan?????

Barisan exco Negeri Selangor akan ditentukan Khamis ini selepas sesi perbincangan dengan pihak Istana Selangor pada Rabu kata YAB Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor,  Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan akan melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dalam menentukan pemilihan exco yang baru.

"Kita akan ada perbincangan petang ini untuk lihat komposisi Exco. Saya akan segerakan kerana Tuanku menitahkan perkara ini agar dapat selesai segera.

"Proses perbincangan belum  bermula dan kita akan maklumkan. Istiadat angkat sumpah exco Negeri akan diadakan Jumaat ini dan keputusan tertakluk kepada perbincangan," katanya pada sidang media di Balai Tengah Istana Alam Shah, Klang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.