`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 21, 2014

81 peratus sudah mengundi awal-SPR



TUMPAT 21 Sept. - Sebanyak 81 peratus daripada 109 orang pemilih pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor telah menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pukul 10 pagi ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, kira-kira 20 peratus lagi dijangka akan berbuat demikian sebelum pusat pengundian itu ditutup pukul 3 petang nanti.
“Sebanyak 109 pengundi terdiri daripada anggota polis akan membuat pengundian awal dan sehingga 10 pagi ini sebanyak 81 peratus daripadanya sudah menjalankan tanggungjawab mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.