`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 24, 2014

2 Adun PAS Selangor ‘belot’ tidak akan dilantik exco, kata Khalid Samad

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad yakin Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin  akan menerima keputusan parti tidak melantik mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mengelakkan salah faham masyarakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2014.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad yakin Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin akan menerima keputusan parti tidak melantik mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mengelakkan salah faham masyarakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2014.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad hari ini mengesahkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Beliau berkata, sekiranya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkeras mahu melantik Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin, maka pastinya akan timbul pelbagai salah faham di kalangan masyarakat.
“Tak akan dilantik kerana jika mereka dicadangkan sekali pun dan menerima, maka khuatir akan timbul salah faham seolah-olah jawatan itu bukan diberikan atas dasar kebolehan tetapi dasar mereka menyokong.
Azmin hari ini berkata pemilihan barisan ahli exco baharu sudah diputuskan dan keputusan dicapai melalui hasil perbincangan dengan setiap parti komponen Pakatan Rakyat (PR) semalam.
Pertemuan kedua akan diadakan petang ini untuk memuktamadkan nama-nama calon sebelum menyerahkan senarai nama terbabit kepada Sultan esok.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.