`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 19, 2014

Tiba-tiba, Rumah Ahli Palimen Di Selangor Disimbah Cat Merah

Antara tompokan cat yang yang dilemparkan dipercayai perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Antara tompokan cat yang yang dilemparkan dipercayai perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kuala Langat – Rumah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, di Bandar Sungai Mas, di sini, disimbah cat. 

Menurutnya, kejadian jam 10.28 malam kelmarin itu disedari anak kelimanya.

“Ketika itu saya menghadiri majlis rumah terbuka di Permatang Pasir. Saya bergegas pulang selepas dihubungi anak,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati terdapat dua tompokan cat berwarna merah.

“Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat,” katanya.

Setakat ini beliau tidak menerima apa-apa ugutan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak, ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat untuk mengetahui punca kejadian itu dan sedang menjejak mereka yang melakukannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat,” katanya. -SH

ULASAN GB

Di dalam hiruk-pikuk rkayat membicarakan krisis politik penukaran MB Selangor, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita rumah MP Kuala Langat disimbah cat merah.

Kita tidak mahu berspekulasi. Tetapi kita berharap ia tiada kaitan dengan krisis politik yang melanda Selangor kini.

Namun kita juga berharap ia bukan percubaan untuk menimbulkan "huru-hara" sepertimana apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977 dahulu bila mana MAGERAN diisytiharkan apabila penyokong Datuk Muhammad Nasir mewujudkan kacau-bilau dan huru-hara di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan membantah kumpulan majariti yang menyokong "pengkhianat parti" itu diturunkan.

Berwaspada terhadap provokasi, supaya sejarah hitam itu tidak berulang lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.