`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 3, 2014

Sengaja tempah maut

  • Pelajar SMK USJ 23 terpaksa membahayakan nyawa sendiri melintas jalan sibuk setiap hari untuk ulang alik ke sekolah.Pelajar SMK USJ 23 terpaksa membahayakan nyawa sendiri melintas jalan sibuk setiap hari untuk ulang alik ke sekolah.
 1 / 1 
SUBANG JAYA - Berani mati! Ratusan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ23 berdepan risiko kemalangan setiap hari apabila terpaksa melintas jalan utama yang sibuk untuk berulang alik pergi dan pulang ke sekolah.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Grace Ho berkata, kira-kira 70 peratus daripada pelajar sekolah itu adalah dari Kampung Tengah, Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Kenangan.

Menurutnya, untuk ke sekolah, pelajar terbabit terpaksa menyeberangi laluan utama yang menghubungkan kampung berkenaan dengan Putra Heights.

"Sebelum ini, sikap pemandu kenderaan yang memandu laju menyebabkan dua pelajar pernah dirempuh dan mengalami kecederaan parah ketika melintas di laluan tersebut, tahun lalu.

“Setiap hari kira-kira 700 pelajar ini terpaksa membahayakan nyawa mereka kerana tiada lintasan pejalan kaki atau jejantas yang boleh digunakan untuk memudahkan mereka.

“Kewujudan lampu isyarat juga tidak membantu menyebabkan pelajar terpaksa berlari untuk melintas jalan,” katanya kepada Sinar Harian.

Grace berkata, pihaknya mencadangkan supaya sebuah jejantas dibina dan permohonan tersebut beberapa kali sudah diajukan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Sehingga kini katanya, tiada maklum balas positif diterima. Ibu bapa pula kerap bertanya bila jejantas akan dibina.

“Saya harap sangat pembinaan jejantas disegerakan demi keselamatan pelajar,” katanya.

Sementara itu, Adun Kinrara, Ng Sze Han berkata, pihaknya dalam proses mengenal pasti kemudahan yang diperlukan di lokasi tersebut. -SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.