`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 5, 2014

Sabah lebih memerlukan bantuan, bukan saja rakyat Palestin

Bilangan rakyat Sabah yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung telah mencapai bilangan ratusan dan masalah ini telah berlanjutan selama beberapa tahun.
poverty2KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa untuk membawa pulang rakyat Sabah menganggur yang dilaporkan tinggal di jalan-jalan di Kuala Lumpur.
Aktivis sosial veteran Anne Keyworth mencadangkan supaya kerajaan Sabah mengagihkan sejumlah kecil daripada belanjawan tahunan yang besar untuk mengenal pasti rakyat Sabah yang tiada tempat tinggal.
“Walaupun adalah baik untuk membantu rakyat Palestin di Gaza, namun rakyat Sabah lebih memerlukan bantuan,” kata Keyworth.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan di mana seorang rakyat Sabah yang memiliki berekar-ekar tanah di Kota Marudu adalah di antara mereka yang tidur di bawah jambatan di Kuala Lumpur, bersama-sama dengan penagih dan pendatang tanpa izin.
Rakyat Sabah itu berkata dia telah kehilangan MyKad nya beberapa kali dan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya RM6,000 sebelum dia kembali ke Sabah.
“Kita perlu membawa mereka kembali ke Sabah dan mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat dengan mencarikan mereka pekerjaan yang sesuai di sini dan mendaftarkan mereka dengan Jabatan Tenaga Kerja,” katanya.
Keyworth, yang mengasaskan Rumah Bukit Harapan, mencadangkan kerajaan Sabah menghantar sepasukan pekerja kebajikan di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna untuk mencari individu-individu ini dan membawa mereka ke Rumah Sabah di Kuala Lumpur.
“Di situ, pekerja kebajikan boleh mengenal pasti punca masalah yang telah menyebabkan mereka tinggal di jalan raya dan kekurangan yang dihadapi mereka. Setiap masalah memang ada puncanya,” katanya. “Jika mereka tidak mempunyai MyKad, kita boleh melakukan satu siasatan untuk mengetahui sama ada mereka adalah rakyat Sabah yang tulen atau tidak,”
Ramai tidak mampu membayar sewa rumah
Keyworth berkata ia adalah penting untuk individu-individu ini menjalani proses pemulihan kerana mereka mungkin telah biasa hidup di jalan.
Keyworth percaya bilangan rakyat Sabah yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung telah mencapai bilangan ratusan dan masalah ini telah berlanjutan selama beberapa tahun.
“Daripada apa yang telah saya pelajari daripada sumber yang boleh dipercayai yang telah memberi mereka makanan, sebahagian daripada mereka mempunyai pekerjaan tetapi mereka tidak mampu untuk membayar sewa rumah,´ tambah Keyworth.
“Jadi mereka pergi ke tempat-tempat ini seperti jambatan pada waktu malam hanya untuk tidur.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.