`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 6, 2014

PEMBELA saran Peguam Negara undur diri

Peguam Negara harus memberi penjelasan kenapa pelaku jenayah kebencian agama dan perkauman di kalangan bukan Islam masih belum di kenakan sebarang dakwaan.
fk300BANGI: Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyelar tindakan Peguan Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang meminta agar bertanyakan pihak polis berhubung isu pelaku jenayah kebencian agama dan perkauman di kalangan bukan Islam masih belum di kenakan sebarang bentuk dakwaan.
Sebelum ini, Abdul Gani meminta bertanyakan kepada pihak polis yang melibatkan isu penghinaan ke atas Agama Islam, Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan serta Kedaulatan Undang-Undang Negara.
“Bila jumpa Ketua Polis, dia minta tanya Peguam Negara, sekarang Peguam Negara pula suruh tanya polis, ingat bola ke nak tolak sana tolak sini,” katanya.
Tambahnya lagi, ketika pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar 24 Julai lalu, dia sendiri memaklumkan bahawa semua hasil laporan polis telah dibawakan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh Pejabat Peguam Negara di bawah seliaan Tan Sri Abd Gani Patail.
“Tetapi sekarang bagaimana pula Peguam Negara boleh meminta untuk bertanyakan balik ke pihak polis?
“Adakah Ketua Polis Negara berbohong atau Peguam Negara yang tidak mahu mendakwa pihak yang bersalah?
“Atau mungkin lebih tepat mereka mempunyai agenda tersendiri yang sedang dilindungi,” jelasnya di dalam ismaweb.net.
“Ini ekoran apabila melibatkan umat Islam, segalanya kelihatan tajam, pantas, lengkap dan tuntas.
“Asalkan nama sahaja Melayu, cepat sahaja tindakan di ambil. Jadi apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam Pejabat Peguam Negara di bawah seliaan Tan Sri Gani?
“Justeru itu kami mahukan penjelasan, jika tidak Peguam Negara harus mengundurkan diri secara terhormat,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.