`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 19, 2014

PDRM Umum Perintah Berkurung Di Sabah Dilanjutkan Lagi.


Kita tahu yang beberapa kawasan berhampiran perairan Sabah berada dalam 'perintah berkurung' susulan dari kejadian penculikkan demi penculikkan yang berlaku sehingga mengorbankan nyawa salah seorang anggota pasukan keselamatan negara kita baru2 ini.

Rujuk sini.

Susulan dari insiden tersebut, polis mula mempertingkatkan pertahanan mereka dan mengeluarkan amaran perintah berkurung untuk dipatuhi semua di kawasan2 yang terlibat.

Rujuk sini.

Mula2 hanya babitkan 2 kawasan. Kemudian diperluaskan. Kemudian dilanjutkan perintah berkurung di akhir Julai. Dan sekarang dilanjutkan sekali lagi.

Kalau nak tahu. Masa kecoh2 isu neh, ada nasihat yang dikeluarkan oleh polis kepada mereka2 yang duduk berhampiran pantai agar berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Dan sebelum tue pula, beberapa bulan ada tersebarnya satu dokumen rahsia. Polis punya. Tak pasti sahih ataupun tidak. Sulit tau. Dokumen tue memberitahu bahawa beberapa siri penculikkan besar-besaran akan berlaku di sekitar perairan Sabah. Tup2. Memang betul la pula.

Ada geng2 yang kata, geng Sulu kembali mengganas. Ye ye je la korang. Main pakat2 sebar wassap bagi orang confused saja. Hadoi la. Tapi memang seriyus dah Sabah sarat dengan PATI. PATI2 inila yang buat onar kat Sabah. Bukan benci warga asing. Tapi benci orang yang suka buat jenayah. Tak kira la warga asing ataupun tempatan sekalipun. 

Dan sepanjang polis buat perintah berkurung takde sapa2 pun kena culik. Ini boleh jadi bagus dan boleh jadi tak bagus. Nampak bagus sebab macam dorang takut kat polis kita. Tapi boleh jadi dorang sebenarnya mampu detect pergerakkan polis2 kita. Lagi. Sapa2 yang langgar larangan juga akan didakwa. Satu lagi. Mendedahkan penyamaran kau kepada pihak berkuasa. JANGAN2 AGENT KEPADA KUMPULAN2 PENCULIK tue tak?

Satu lagi masalah polis2 di Sabah. Yang menyamar bagi bantuan kepada kumpulan penculik tue pun ada. Ini pun polis kena cekup. Meluat aku tengok. Dah la datang negara orang. Lepas tue buat macam negara mak bapak kau pula. Itu tak la kejam sangat. Tapi perangai sebijik cam israel. Datang tumpang tempat orang. Lepas tue nak rampas hak orang. Gila dowhhh.


Perintah berkurung dilanjutkan di perairan timur Sabah, berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Sept, dengan perubahan masa dari pukul 7 petang hingga 5 pagi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua faktor termasuk keadaan keselamatan terkini di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
"Setelah mendapat laporan daripada semua pihak termasuk Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun maka saya dengan kuasa yang ada mengisytiharkan perintah berkurung dilanjutkan hari ini dengan sedikit perubahan iaitu dari pukul 7 petang hingga 5 pagi.
"Saya juga telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara ini dan beliau bersetuju perintah berkurung ini dilanjutkan dari 20 Ogos sehingga 2 Sept," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.