`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 7, 2014

MyWatch: Jangan politikkan isu ‘sukan bogel di Pulau Pinang’

Menurut salah seorang peserta, aktiviti tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak taman negara
sanjeevanPETALING JAYA: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan mengutuk acara ‘Sukan Bogel Pulau Pinang’ yang dilihat lari daripada adat Timur bahkan ia merupakan aktiviti yang tidak bermoral dan harus dielakkan.
Menurutnya, beliau kesal bagaimana pihak Taman Negara di Teluk Bahang boleh terlepas pandang mengenai penganjuran aktiviti tidak bermoral tersebut.
“Menurut salah seorang peserta, aktiviti tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak taman negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Selain itu, Sanjeevan turut menggesa supaya pihak berkuasa menyiasat penganjur aktiviti tidak bermoral itu serta individu lelaki dan wanita yang dilihat dalam video terbabit.
“Siasatan terperinci harus dijalankan dan tindakan yang sewajarnya harus diambil terhadap pihak yang didapati bersalah.
Dalam masa yang sama, beliau berharap agar isu ini tidak dipolitikkan atau dijadikan isu perkauman oleh mana-mana pihak.
“Sebarang spekulasi dan tuduh-menuduh juga harus dielakkan sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.