`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 6, 2014

[Kacang Soya Jadikan Lelaki Lembut] Kebaikan dan Keburukan Kacang Soya

Adakah anda seorang penggemar minuman kacang Soya atau makanan bersumberkan kacang soya? ada berita yang tidak seronok bagi penggemar kacang soya. Aku pulak minat jugak makan tempe. Lepas ni kena kurang-kuranglah makan tempe ni.

Kelebihan dan Keburukan Kacang Soya

Satu kajian saintis dari University of Connecticut yang membandingkan kesan pengambilan protein kacang soya dan protein dadih susu (whey) terhadap proses pengembalian dan tumbesaran otot menemui bahawa golongan lelaki yang makan 20 gram kacang soya setiap hari selama dua minggu mengundang risiko mengalami penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol.

Nak mudah nya "Kekuatan" lelaki tak berapa nak gagah la maksudnya. Selain itu kajian ini juga menemui jika diamalkan makan kacang soya ini secara berlebihan, lelaki boleh jadi lelaki lembut, kanak-kanak yang sering mengambil produk berasaskan kacang soya secara berpanjangan boleh menyebabkan mereka menjadi ‘lembut’. Maksud lembut di sini ialah kelakuan dan tindak-tanduk kanak-kanak itu lebih keperempuanan.

Saya hanya ambik sedikit keratan daripada akhbar Sinar Harianbekernaan kajian ini. selebihnya anda baca sendiri kat laman Sinar ye.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa kacang soya juga ada manfaatnya, kajian tersebut jika kita makan secara berterusan dan berlebih lebihan, kalau makan apa-apa pun kalau berlebihan memang mendatangkan mudharat kan?

Kacang soya bagi saya ada kebaikannya juga iaitu baik untuk pesakit jantung dan juga kanser. Walaubagaimanapun kita perlu merujuk pada yang pakar bekernaan ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.