`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 1, 2014

Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong Sorong- Bahagian 2



Sekarang perihal Khalid Ibrahim. Ini yang menimbulkan fitnah saya mengatakan Khalid Ibrahim pelacur.

Kenapa  Khalid Ibrahim kesana dan kemari bagaikan seorang pelacur-politik menjual hiba nya untuk mendapat pelanggan dalam bentuk penyokong2 kepada nya? PKR dan Pakatan sudah pun menyatakan isiu ini telah dipersetujui sejak Mac 2014 lagi.

Jawatan MB bukanlah hak Khalid untuk ia simpan berterusan. Bila kena pergi, pergilah dengan besar hati. Dunia tidak akan kiamat jika Khalid tidak jadi MB. Seperti jawatan eksekutif kerajaan yang lain, ianya bukan jawatan yang dipilih secara lansung oleh pengundi. Tempoh masa jawatan tersebut bergantung selagi ada keyakinan dan kepercayaan parti yang dia jadi anggota. Dalam kes ini PKR bukan PAS. Jika kepercayaan sudah tidak ada, dan keujudan kepercayaan itu ditandakan melalui memenangi jawatan parti, maka tindakan bermaruah ialah keluar dari jawatan yang dipegang. Memang benar bahawa jawatan parti tidak menentukan jawatan dalam kerajaan, tapi tidak ada jawatan dalam parti setelah menandingi nya, boleh dibaca sebagai kehilangan kepercayaan.

Kecuali lah  Khalid Ibrahim tiba2 ingat bahawa dia seorang ahli secara lansung sebuah pertubuan politik yang bernama Pakatan Rakyat. jika begitu, baharulah dia ada legitimasi untuk merayau sana sini.

Disinilah saya rasa PAS tersilap langkah. Golongan konsevatif dalam PAS janganlah membesarkan kepentingan dan kerelevenan mereka secara berlebihan. Izinkan saya mengingatkan mereka, bahawa kecuali mereka kekal jadi sebahagian dari entity yang lebih besar yang juga mengandungi mereka yang tidak sealim mereka, golongan konservatif akan jadi golongan yang terasing. Bila ini terjadi, mereka akan hilang relevance.

Memang benar, tanggapan  dan pandangan saya ini boleh diremehkan begitu saja, tapi respon yang  angkuh akan menyebabkan PAS menjadi sebuah parti tok alim kampungan sahaja. Ahli PAS sendiri boleh mengeciskan tanggapan ini dengan berkata- peduli apa tapi cakap yang demikian mendedahkan PAS tidak mempunyai kematangan berpolitik. Dan jika PAS bukan hadir dalam geanggang untuk mendapatkan kuasa politik, elok PAS mengistiharkan dirinya sebuah badan dakwah dan undur dari politik keduniaan.

Penukaran Khalid Ibrahim sepatutnya menjadi kes yang tidak dibesar besarkan. Ia hanya memerlukan tindakan yang bermaruah dan sedar akan  ada harga diri.

Khalid Ibrahim menunjukkan dia tidak ada kedua dua nya.

Sebetulnya( bahagian ini tidak ada dalam versi Inggeris), sejarah berulang kembali. Bila Dr Mahathir mahu menukarkan Khalid Ibrahim dari PNB dahulu, Khalid buat  kecoh dan ribut seperti yang dia lakukan sekarang juga. Dia kesana kesini buat bising, mendakwa dia telah banyak melakukan kebaikan untuk bangsa Melayu dan itu dan ini. Akhirnya, Mahathir memberi Guthrie kepada Khalid dan pemilikan saham dalam Guthrie pada harga yang cukup istimewa. Jadi saya ingat, dalam penukaran jawatan MB ini, mungkin ianya soal golden handshake sahaja. Lakukan keatas khalid apa yang Mahathir lakukan supaya meninggalkan  PNB.

Khalid Ibrahim tewas dalam pemilihan PKR. Walaupun masih ada 2 cabang yang belum selesai bersidang dan mengundi, tanda2 nya ialah Khalid akan tewas. Dia hilang keyakinan ahli partinya. Sepatutnya dia memperlakukan diri nya secara berprinsip, berprotokol dan bermaruah dengan berkata oleh kerana dia tidak mendapat keyakinan ahli parti, dia akan mengundur diri sebagai MB. Sebaliknya dia memilih untuk bikin kecoh, kesana kemari mencari mereka yang hendak bersimpati dengan nya dan menyokong nya. dia menjaja cerita hiba dan pilu nya yang diperlakukan oleh PKR keatas dirinya.

Khalid mungkin ada kepandaian ilmu corporate( yang kita boleh debat) tapi dari segi politik dia ini kosong. Sebagai contoh- resev tunai yang banyak. Pemimpin politik diukur dari sudut kehemahan berbelanja- dia tidak diukur dari sudut kecekapan menghimpun wang. Itu beza kehidpan public service dan corporate service yang paling asas. Khalid tidak faham ini kerena di consume oleh reputasi korporat nya. setelah bertarung dalam parti nya dan kalah, tidak terbuka pilihan untuk Khalid membawa kes nya kepada rakyat. dan partinya tidak patut didedahkan kepada cemuhan rakyat dan membasuh basahan kotor dikhalayak ramai. Khalid jangan overestimate himself excessively. Saya tidak mahu cerita prestasi Khalid semasa jadi guru di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib dahulu.

Khalid punya kes ini bukan suatu kes yang patut dibawa kepada penentuan umum pun; kita tidak mengharapkan peniaga pasar malam, penjual2 pasar untuk faham cerita sebenar Khalid mesti ditukar. Kita tidak perlu beritahu BN pun. Khalid sepatutnya waras dan sensible untuk tidak mendedahkan PKR kepada cemuhan umum dan sepatutnya berhenti daripada memberi peluru kepada musuh politik PR. Anggaplah apa yang Khalid lakukan sekarang sebagai memberi peluru untuk UMNO, dan petubuhan mesra UMNO membedil PR dan Anwar Ibrahim. Apa yang Khalid lakukan ialah berpelukan dengan musuh dan menjahanamkan partinya.  

Ada kita lihat ketika Mat Said, bekas MB yang suka mengajak orang bertumbuk itu mencabar parti nya mengemukakan undi tidak percaya dalam dewan Terenganu? Dalam hal ini, perlakuan Khalid yang amatur berpolitik, ialah condong kepada mencabar ahli2 PR untuk melakukan undi tidak percaya kepada nya. Apa implikasi nya? implikasi nya ialah Khalid tidak menghormati protocol politik atau degil tidak mahu ikut. Jawatan MB itu dia yang punya. Dia hanya mahu menjaga kepentingan nya dan tidak hirau apa yang berlaku kepada partinya. Mengepa harus kita simpan orang macam ini dalam parti?

PKR should expel Khalid in this case and see what he does. He can join UMNO for that matter.

Jadi saya tanya sekali lagi, kenapa Khalid sana sini menjaja cerita hiba nya dan mencuci basahan kotor dikhalayak ramai? Mengapa mahu mendapat sokongan parti lain dan mengujudkan ketegangan? Kenapa PAS masuk campur dan mempertahankan Khalid Ibrahim sedangkan ini keputusan PKR?

Tidak perlu sesiapa pun dari PKR menjawab apa salah dan dosa Khalid Ibrahim. Yang diperlukan ialah semua- dari ahli biasa sehinggalah kepada tokoh seperti Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz untuk mempunyaikeyakinan dan kepercayaan dalam keputusan yang telah dilakukan oleh PKR. Saling percaya mempercayai ialah asas talian persahabatan.

Dalam hubungan ini, UMNO nampak lebih baik dan mantap. Bila Mat Said kena gugur, ada kita lihat dia pergi mendapatkan sokongan dari parti komponen lain? Kalau dia pergi jumpa pun, parti2 lain faham peraturan tersirat politik gabungan- yakni jika kita sudah tidak dapat kepercayaan dari pari sendiri, parti2 lain tidak akan menyoal keputusan yang dibuat oleh parti yang berkenaan.

Ini bukan masaalah PAS. Ini urusan PKR.  Pemimpin PAS tidak perlu sangsi keatas keputusan yang dibuat oleh PKR. Dan Khalid tidak perlulah menjaja hiba dan pilu nya seperti seorang political prostitute untuk mendapat sokongan dari parti lain. Perbuatan ini sama seperti melaga dan menyuruh orang berkelahi. PAS tak perlu layan Khalid dan sepatutnya menerangkan kepada Khalid bahwa walaupun PAS bersimpati kepada nya, tapi PAS tidak boleh campur.

Saling mempercayai adalah asas persahabatan antara rakan seperjuangan. PAS kena percaya kepada PKR.

Tamat. 

 Tambahan:

Saya membaca artikel dalam Free Malaysia Today yang menceritakan selaran Faekah kepada saya. Itu perkara biasa. Tidak ada masaalah. Bantai lah. Tapi saya ingin betulkan satu kesilapan- saya tidak pernah menyentuh keputusan Anwar Ibrahim mencalunkan isteri nya sebagai MB Selangor. Pemberita FMT dan Faekah ( yang jelas tidak membaca blog saya) cuai dalam perkara ini. Saya tidak pernah sentuh mengenai pencalunan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Perkara tersebut saya rasa dibangkitkan oleh Senator Ariffin. Ariffin dan Ariff dua orang yang beberza.  Harap Maklum. 

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.