`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 4, 2014

Gara-Gara Kemalangan Kecil 100 Penduduk Kampung Hampir Merusuh Bersenjatakan Parang

SHAHIDI (kanan) bersama rakan menunjukkan kerosakan di kereta dinaiki.


Port Dickson: Tiga sahabat mendakwa nyaris maut dibelasah sekumpulan lelaki bersenjatakan parang panjang yang dipercayai tidak berpuas hati selepas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Pelandok, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, pemandu kereta Waja, Mohd Shafiq Azman, 24, bersama dua rakan, Mohd Hafizan Jamil, 24, dan Mohd Shahidi Sahar, 24, baru pulang berhari raya di Lenggeng, Nilai, Menurut Mohd Shafiq, sejurus tiba di tempat kejadian di pekan Bukit Pelandok, di sini, seorang kanak-kanak lelaki dilihat tergesa-gesa melintas jalan menyebabkan dia membrek kereta secara mengejut.

“Kanak-kanak itu jatuh dan saya terus turun untuk melihat keadaannya yang luka di siku. Tidak lama selepas itu, kenderaan saya dikerumuni lebih 10 orang dengan dua daripadanya bersenjatakan parang.

“Saya dan rakan cuba berunding secara baik, namun mereka cuba bertindak ganas dengan memukul Hafizan sebelum mengejarnya dengan membawa parang manakala saya dan Shahidi diugut supaya tidak melawan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pachitan, Bukit Pelandok, di sini, semalam. Dalam pertemuan itu, Mohd Shafiq turut menunjukkan keadaan cermin dan bonet kereta yang didakwanya dipecahkan dan diketuk dengan parang oleh kumpulan lelaki itu.

Sementara itu, Hafizan berkata, dia cuba mengalihkan kereta ke tepi dengan menolaknya kerana kunci kereta sudah diambil oleh kumpulan lelaki berkenaan menyebabkan dia dimarahi mereka manakala kereta ditendang di bahagian pintu sehingga kemek.

“Selepas ditumbuk beberapa kali, saya cuba melawan menyebabkan lelaki bersenjatakan parang itu mengejar saya hampir seratus meter sebelum saya menyorok di belakang sebuah kedai.

“Saya kemudian berjaya menghubungi beberapa rakan di kampung dengan telefon bimbit untuk meminta bantuan.

"Nasib baik rakan-rakan ramai yang datang dan baru saya berani keluar dari tempat persembunyian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada satu kemalangan kecil membabitkan sebuah kereta dan kanak-kanak yang melintas jalan, namun menimbulkan rasa tidak puas hati sekumpulan lelaki yang berada di tepi jalan itu.“?

Akibat tidak puas hati, mereka merosakkan kereta mangsa dan keadaan kembali kecoh apabila lebih 100 orang kampung keluar dan membawa parang berhampiran Balai Polis Bukit Pelandok. Bagaimanapun, keadaan kembali tenang pada jam 3.30 pagi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 440(a) Kanun Keseksaan kerana khianat semasa membuat rusuhan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.