`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 1, 2014

" Gambar-Gambar Ngeri Mangsa Pergaduhan Di Taman Bayu Perdana Klang "








KEMASKINI: Klang – Satu pergaduhan besar dilaporkan telah berlaku di Taman Bayu Perdana Kelang antara masyarakat Bumiputera Sabah dengan beberapa orang India serta Cina di kawasan berkenaan.

Punca pergaduhan dikatakan bermula daripada perasaan tidak puas hati tentang perniagaan yang dijalankan di kawasan terbabit oleh kedua-dua belah pihak.

Setakat ini, ramai warga Sabah dilaporkan cedera parah dan ditempatkan di hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Berikutan kes ini, orang ramai di nasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang salah dan mengaitkan kejadian pergaduhan ini dengan isu politik seperti mana yang sedang tersebar di laman sosial.

Berikut adalah laporan polis berhubung insiden tersebut.

Pengesahan di semua Balai Klang, Pandamaran, Port Klang, MPV dan Petugas PC di HTAR memaklumkan tiada insiden seumpama itu.

Dalam tempoh terdekat cuma terdapat satu insiden gaduh seperti mana KlangbReport No 26257/14 iaitu pada 31 Jul 2014.

Lebih kurang pada jam 0450 bertempat di Viral Net (cyber cafe) di alamat No 290, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, Klang. 6 lelaki Sabahan (Bugis) cedera kena tetak dengan lebih kurang 10 lelaki India.

Daripada 6 orang tersebut,  4 cedera parah dalam ICU. 2 lagi stabil.

Ada seorang budak lelaki berumur 15 tahun turut cedera sekali tapi stabil. Seramai 6 OKT berjaya ditahan untuk siasatan.

Dipercayai ianya adalah tindakbalas ekoran insiden tersebut. Setakat ini dipercayai sebaran maklumat FB adalah tidak benar. Pemantauan dan perkembangan diikuti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.