`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 2, 2014

Exco Kedah Mabuk Air Ketum Dan Menghilang Selepas Aniaya Peniaga


Slogan 'BN MENANG KEDAH SENANG' sepatutnya ditukar menjadi 'BN MENANG, RAKYAT TERANIAYA'.

Macai UMNO terutama di Kedah bagi gambaran yang super hebat kepada Mukhriz Mahathir. Tapi bukan semua orang buta dan bukan semua orang bodoh. Kalau setakat melawat sana sini, berjubah dan berketayap putih dengan kain tersidai di atas bahu menyerupai kaum zuhud, Mukhriz Mahathir hanyalah munafik. Sepanjang Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, tidak ada suatu apa pun pembaharuan yang dibuat kecuali retorik di sana sini semata-mata untuk mendapatkan populariti.

Itulah juga yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan penjilatnya. Mereka membantu Mukhriz untuk popular, bukan untuk memberitahunya masalah-masalah yang sedang berlaku di Kedah yang perlukan perhatian dan penyelesaian segera. 

Kalau di Kedah namanya Lebuhraya, jangan pulak fikir ia adalah lebuhraya yang sebenar, melainkan jalanraya yang sengaja dinamakan lebuhraya untuk menipu rakyat, kononnya Kedah sudah maju. Salah satu 'lebuhraya' yang ada di Kedah adalah Lebuhraya Darulaman.

Pantai Johor terletak di tepi Lebuhraya Darulaman. Selama lebih 20 tahun, sebilangan orang Melayu berniaga di Tapak Pasar Malam, Lebuhraya  Darulaman, Pantai Johor, Alor Star, Kedah. Dari penghujung zaman Man Arop, bawa ke zaman Det Khalid, pada zaman Almarhum Ustaz Azizan sehinggalah ke zaman anak lelaki Maha Death yang botak. Melayu-Melayu tersebut bukanlah peniaga-peniaga kaya, tidak menyusahkan orang dan tidak membawa sama masalah sosial.

Tetapi Exco yang bertanggungjawab, Badrul Hisham Hashim melihat orang Melayu adalah mekanisme terbaiknya untuk menjulang nama. Konon-kononnya dia bekerja.

Sehari sebelum Hari Raya Aidil Fitri, Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) telah menggantung banner yang memaklumkan penamatan operasi Pasar Malam Pantai Johor berkuatkuasa 1 Ogos 2014. Arahan Datuk Bandar Alor Star, orang Melayu tidak boleh berniaga di situ lagi sedangkan aktiviti perniagaan di situ hanyalah seminggu sekali serta tidak mengganggu kelancaran lalulintas. Selain itu, kewujudan pasar malam tersebut turut memeriahkan Pekan Pantai Johor dengan aktiviti ekonomi lain turut berlangsung.

MBAS memaklumkan mereka telah menggantung banner tersebut lebih dari dua minggu, manakala para peniaga dan orang ramai pula memberitahu, banner tersebut hanya kelihatan mulai hari Rabu, 26 Julai 2014. Maknanya baru sangat digantung dan digantung pula dalam keadaan tergesa-gesa.

Semalam, para peniaga mulai berhimpun menyatakan rasa tidak puas hati berhubung tindakan kejam MBAS dan UMNO Kedah. Cubaan beberapa orang daripada mereka untuk menghubungi Exco terbabit, tidak berjaya kerana Badrul Hisham Hashim menghilangkan diri dan enggan menjawab sebarang panggilan telefon. Manakala ADUN Anak Bukit, Ir. Amirruddin Hamzah cuba menghubungi Datuk Bandar dan SETPOL Mukhriz untuk menyatakan kegelisahan dan tidak puas hati para peniaga yang teraniaya itu.

Malangnya, Datuk Bandar tidak dapat dihubungi. SETPOL Mukhriz Botak juga hilang entah ke mana.

Difahamkan, MBAS sebelum ini telah mengeluarkan arahan agar para peniaga berpindah ke Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, Alor Star yang terletak beberapa kilometer dari Pantai Johor. Perangai ubah tempat, ubah lokasi, sudah menjadi sebahagian daripada perancangan jahat UMNO dari dulu lagi. Sepatutnya tempat itu dimajukan, dinaikkan taraf untuk membolehkan orang Melayu berniaga, bukannya mengarahkan mereka ke tempat baru.

Apa sebenarnya yang ada di Pantai Johor yang UMNO melihatnya sebagai lubuk emas untuk dikaut sehingga perlu menghalau para peniaga di Tapak Pasar Malam itu?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.