`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 12, 2014

Cukup-cukuplah, jangan 'tiada beban batu digalas' pula

Tuanku Sultan Selangor berkenan untuk TS Khalid terus menjadi Menteri Besar. Itu adalah isu pokok yang ingin di ketahui oleh rakyat yang tertunggu-tunggu perkembangan terakhir yang melibatkan krisis PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor. Mengikut perundangan dan undang-undang tubuh Negeri Selangor, Khalid boleh berfungsi sebagai Menteri Besar dengan sekurang-kurangnya empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan empat ahli Exco ini boleh diisi dari kalangan empat ahli Exco kerajaan negeri sekarang ini.
Mengikut undang-undang tubuh Negeri Selangor ia memerlukan untuk sekurang-kurangnya empat orang ahli Exco dan jumlah maksima keanggotaannya seramai sepuluh orang. Jika itu keputusannya maka jelas PAS akan terus bersama Khalid Ibrahim dan tentunya PAS di beri tanggungjawab yang besar bagi menangkis usaha setengah pihak untuk menggunakan kerajaan Negeri Selangor bagi kepentingan peribadi mereka sahaja.
Sementara itu Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah membuat kenyataan yang UMNO akan menyokong tindakan Tuanku Selangor untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar dan dengan itu Khalid sudah mendapat undi pukal dari 12 kerusi UMNO dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Besok TS Khalid akan bertemu dengan Exco yang ada sekarang ini untuk bertanya samada masih mahu bekerja dengan beliau. Jika mereka tidak mahu, dengan hanya melantik semula empat ADUN dan Exco dari PAS sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan dan kerajaan akan berfungsi seperti biasa. Perkembangan ini amat menarik kerana sedikit demi sedikit kebenaran tentang kenapa ‘Kajang Move’ dahulu di lakukan oleh PKR pada bulan mac yang lalu.
Bagi pandangan setengah orang yang bercakap sesama sendiri yang saya dengar, dengan perkembangan mutakhir ini ia telah merungkai sedikit sebanyak  punca berlakunya pergeseran di Selangor ini. Justeru yang pasti dilihat sekarang ini adalah ‘the end is near for Pakatan Rakyat’ di Selangor.
Krisis keyakinan sedang menghantui Pakatan Rakyat dan untuk mengembalikan aura sokongan yang pernah kita lihat, akan mengambil masa yang agak lama. Sesungguhnya percubaan Anwar dan PKR untuk menunjukkan otot politiknya telah gagal dan ia bukan sahaja di rasai oleh PKR tetapi akan juga di alami oleh DAP, bukan setakat di Selangor tetapi ia menyeluruh di seluruh negara.
Selepas ini polimik tidak akan berakhir malahan polimik ini dijangkakan akan sampai ke tahap yang lebih tinggi lagi dengan pertengkaran di khalayak ramai yang akhirnya akan membuatkan lebih ramai naik bosan dengan kerakusan Pakatan Rakyat.  PR bukan untuk membina negara tetapi untuk mereka berebut-rebut dengan harta rampasan selepas memenangi peperangan.
Apa yang sedang terjadi di Selangor ini akan membawa ‘consequence of events’ yang mungkin tidak boleh di jangka. Polimik akan bertambah hebat.
Salah satu hasil dari pergelutan ini, banyak pihak sekarang mempersoalkan kejujuran Anwar Ibrahim. Tuduhan terhadap Khalid kesemuanya berdasarkan kepada syak wasangka yang bertujuan politik bagi setengah mereka dalam Pakatan Rakyat. Tetapi pihak Anwar dan penyokongnya tidak pula membuat apa-apa tindakan terhadap pemimpin tertinggi mereka yang telah secara undang-undangnya di dapati bersalah dalam isu liwat beliau.
Mereka sebaliknya akan menuduh keputusan mahkamah itu adalah mengikut telunjuk BN dan UMNO. Segala keputusan yang tidak memihak kepada mereka, itu keputusan ‘conspiracy’ politik terhadap Anwar. Tetapi Khalid hanya diperlukan untuk menampilkan syak wasangka sahaja sudah di minta dan di desak untuk berhenti.  Pendeknya sejak 16 tahun dahulu tugas penyokong pembangkang hanya untuk menyelamatkan Anwar dari menghadapi zaman gelapnya dalam politik yang di hasilkan oleh kelalaian dan moral buruk beliau sendiri.
Bagi pendapat setengah orang, selama 16 tahun politik Malaysia asyik berlegar di keliling Anwar, untuk menutup perlakuannya dan cuba untuk menyelesaikan masalah peribadi beliau sahaja. ‘Kajang Move’ yang membawa padah kepada PKR sendiri ini adalah salah satu dari tindakan untuk meyelesaikan masalahnya sahaja.
Akhirnya nanti apabila pembetulan itu sudah sampai, orang yang selalunya mampu menyelesaikan masalah seperti ini adalah orang yang mempunyai lebih kesabaran, kerana kesabaran itu tidak akan dapat di lawan oleh sesiapa. Yang sabar itu akan selalu menang walaupun ia memakan masa untuk memperlihatkan buktinya. Itulah sebabnya blog ini selalu dan tidak berhenti menulis yang negara perlukan politik yang baru. Yang akan membawa ‘ambience’ yang baru terhadap situasi siasah negara.
Apabila situasi yang baru itu wujud, barulah parti-parti seperti DAP dan mana-mana parti yang membangkang akan dapat menjamah kuasa di Putrajaya. Ia memerlukan pembaharuan politik secara drastik berlaku baru ada perubahan.
Saya bukan ahli nujum, tetapi saya tahu yang Anwar tidak akan dapat menjejak kaki ke Putrajaya selagi beliau tidak membersihkan hati dan jiwa beliau dalam politik ini. Pendeknya mana-mana pihak yang bersama mendukung Anwar dalam politik sekarang atau di masa yang akan datang ini, segala cita-cita mereka akan hanya tinggal cita-cita dan semua tindakan mereka semuanya merupakan ‘misadventure’ politik yang sangat mahal harganya.
Tetapi itu adalah pilihan masing-masing. Setengah orang sememangnya suka, ‘tiada beban batu di galas’. Itu terpulang kepada nasib dan bahagian masing-masing.
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.