`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 14, 2014

Apabila Exco PAS Tersenyum Gembira Bersama Pengkhianat Pakatan Rakyat...


Pas tidak tunjuk simpati kepada Exco DAP, PKR 

Permintaan DAP dan PKR kepada Pas agar keempat Exconya tidak menyertai mesyuarat Exco dipengerusikan Khalid Ibrahim hari ini tampaknya tidak dilayan oleh Pas. Keempat Exco Pas hadir dan bermesyuarat seperti biasa bersama Khalid Ibrahim. 

Semalam apabila Khalid menghantar surat pemecatan enam Exco DAP dan PKR, Lim Guan Eng telah menghubungi Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali agar memberi mesej kepada pucuk pimpinan menunjukkan rasa simpati dan sokongan (solidariti) kepada pemecatan enam Exco, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Lim Guan Eng tidak menjelaskan reaksi Mustapa. Apabila keempat Exco daripada Pas itu hadir ia memberi tafsiran bahawa Pas tidak bersedia untuk bersolidariti atas pemecatan itu. Salah seorang Exco Pas menyatakan mereka hadir sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan atas kehendak parti.

Apakah perkembangan ini memberi isyarat bahawa Pas sedia untuk keluar atau "dipecat" daripada Pakatan Rakyat? Kelewatan Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa juga memberi indiksi bahawa parti itu masih dalam berkira dan membuat perhitungan terbaik buat mereka.

Dalam keadaan kemelut hari ini Pas tidak sepatutnya melengah-lengahkan masa untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang isu sepenting itu. Kelewatan ini dilihat sebagai muslihat oleh Pas dan menimbulkan berbagai-bagai persepsi negatif mengenai Pakatan Rakyat.

Pas menanggungkan mesyuarat yang ditetaokan 10 Ogos kepada 13 Ogos kemudian 17 Ogos dengan alasan untuk membolehkan mesyuarat itu dihadiri semua anggota?

Alasan diberikan Mustapa itu tampak ia disengajakan bagi melengahkan mesyuarat itu atas motif tertentu.

Bertolak dari situasi ini juga mesyuarat jawatankuasa kerja Pas 17 Ogos ini penting dan mungkin hangat sehingga memutuskan sesuatu yang boleh mengejutkan. Semua orang khasnya ahali dan penyokong Pas dalam keadaan tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu telah menegaskan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan Selangor dengan berMBkan kepada Khalid Ibrahim.

Seorang Exco Pas, Sallehen Mukhyi pula mengatakan Pas akan meletak jawatan sekiranya Khalid melantik Adun Umno menjadi Exco. Tegasnya Umno bukan kerajaan kalau dia (Umno) ada dalam kerajaan Pas akan letak jawatan.

Penjelasan dan penegasan Sallehen itu memberi gambaran Pas tidak bersedia berkawan dan bekerjasama dengan Umno untuk mempertahankan Khalid. Bantahan ini menjelaskan akan berlaku konflit besar dalam Pas kerana ada sebahagian mahu menjalini kerjasama dengan Umno. -Mohd Sayuti Omar


DAP selar PAS hadir mesyuarat exco, tiada semangat Pakatan Rakyat

Exco DAP yang dipecat Ean Yong Hian Wah menyelar tindakan empat exco PAS yang masih mahu menghadiri mesyuarat mingguan exco walaupun diarahkan pemimpin PKR dan DAP untuk memboikotnya.

Ean berkata, pihaknya kesal dengan sikap empat exco PAS yang masih mahu bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali gus tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"DAP kecewa dengan PAS sebab mereka tetap masuk mesyuarat.

"Mereka tidak ada semangat dalam Pakatan," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, pagi ini.

Beliau juga mendesak Khalid segera meletakkan jawatan dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu turut menggesa pemimpin PR segera mengadakan perbincangan dan menyelesaikan segera krisis pentadbiran di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim pula berkata, kerajaan PR masih wujud, sehubungan itu akan meneruskan tugasnya seperti biasa.

"Selangor masih kerajaan Pakatan Rakyat tetapi disabotaj oleh Adun Bebas.

"Kehadiran saya membuktikan kami masih kerajaan yang sah," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam dilaporkan berkata, 4 Exco PAS digesa menyatakan solidariti kepada tindakan pemecatan tersebut rakan mereka.

"Saya sudah hubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan sampaikan amanat daripada pucuk pimpinan parti meminta solidariti kepada 6 Exco DAP dan PKR.

"Saya menggesa 4 lagi Exco PAS tidak hadir mesyuarat esok," kata Lim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, malam tadi.

Lim berkata pemecatan tersebut tidak adil dan boleh dipertikaikan daripada segi undang-undang. 
– TMI


ULASAN GB

Susah mahu cakap.

Tatkala ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat berdukacita kerana telah dikhianati oleh Khalid Ibrahim, ahli-ahli exco PAS masih boleh tersenyum riang bergambar bersama pengkhianat berkenaan.

Mengapa GB gelarkan Khalid sebagai pengkhianat PR? Sebab beliau menyatakan tiada kerajaan Pakatan Rakyat. Boleh baca SINI. Memang lansung tidak amanah dengan rakyat yang telah mengundi mereka di atas kapasiti mereka sebagai seorang calon PR.

Kerja gila. Lansung tidak bermaruah malah memaparkan kebebalan di tahap maksima.

Gambar itu juga menghilangkan "respek" pejuang PR terhadap kamu. Lansung tidak berperinsip. Tetapi apakan daya... kerana hanya setakat itu tahap pemikiran mereka. .

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Hari ini senyum dan ketawa puas-puas... esok belum tentu! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.