`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 18, 2014

Anwar dakwa Umno ganggu peguamnya dalam usaha seretnya ke penjara

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa Umno ganggu peguamnya N Surendran dalam usaha menyeretnya ke penjara dalam kes liwat II. Gambar fail The Malaysian Insider.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa Umno ganggu peguamnya N Surendran dalam usaha menyeretnya ke penjara dalam kes liwat II. Gambar fail The Malaysian Insider.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan kemungkinan dipenjarakan mendakwa hari ini peguamnya kini diberi tekanan daripada Umno dalam usaha menyeretnya ke penjara.
Anwar yang ketika ini dalam proses rayuan kes liwat II menuduh Umno dan media di bawah kawalannya mula menyerang peguam N Surendran, yang mewakilinya dalam kes tersebut.
"Sejak tarikh rayuan ditetapkan, Umno bahagian seluruh negara membuat laporan polis terhadap Surendran yang merupakan peguam dalam rayuan fitnah II.
Anwar sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes liwat II dan sedang menunggu proses rayuan yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini.
Surendran yang juga naib presiden PKR menerima tekanan ekoran kenyataannya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes membabitkan anak guamnya tersebut.
Mukhriz yang juga pengerusi BN Kedah meminta semua pihak membuat laporan polis susulan tindakan Surendran yang didakwa menghina mahkamah apabila membuat kenyataan melalui saluran laman sosial menuduh mahkamah mengikut telunjuk Najib yang kononnya mengarahkan institusi penghakiman itu mempercepatkan kes pendakwaan terhadap Anwar.
Namun, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertahankan kenyataan Surendran kerana itu adalah haknya.
"Peguam saya berhak dan bertanggungjawab untuk bercakap mengenai penglibatan Najib dalam konspirasi kedua ini.
"Penglibatan Najib dalam konspirasi ini adalah salah satu pembelaan utama saya semasa perbicaran di Mahkamah Tinggi dan akan dibangkitkan semula dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini," katanya.
Anwar menuduh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan secara peribadi bertemu dengan Najib pada 24 Jun, 2008.
Najib juga dituduh menipu apabila pada mulanya mendakwa Saiful hanya bertemu pegawainya dan pertemuan itu hanya berkenaan isu biasiswa.
"Kemudiannya, Najib menukar ceritanya dan mengaku berjumpa Saiful di kediamannya.
"Pertemuan itu dirancang pegawai khas Najib sendiri, Khairil Annas Jusoh. Malah peguam pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga mengakui bersama," katanya.
Katanya, lebih jelas lagi wujud konspirasi apabila pegawai polis atasan SAC Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof yang terlibat mendakwanya pada 1998 juga bertemu Saiful selepas pertemuan dengan Najib petang tersebut.
"Ini jelas konspirasi berlaku di depan mata kita," katanya.
Mac lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya itu, kira-kira 6 tahun lepas.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dengan jaminan RM10,000.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.