`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 19, 2014

ALOR SETAR - Lebih 100 peniaga Pasar Teluk Wanjah pindah ke tapak baru

Pasar baru Teluk Wanjah.  
Pasar baru Teluk Wanjah.

ALOR SETAR - Lebih 100 peniaga Pasar Teluk Wanjah, dekat sini, yang beroperasi lebih setahun di tapak sementara akan berpindah ke bangunan baru akhir Ogos ini.

Sebelum ini, peniaga berpindah ke tapak sementara di belakang lokasi asalnya untuk membolehkan kerja menaiktarafkan kepada pasar moden, tercantik dan mahal di Malaysia.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, sekiranya tiada halangan semua peniaga tapak pasar lama akan berpindah ke tapak baru hujung bulan nanti.

“Insya-ALLAH, ruang niaga dalam bangunan dua tingkat pasar baru lebih sistematik dan tersusun berbanding sebelumnya, sekali gus memberi keselesaan kepada semua.

“Malah, ruang niaga bukan hanya diasingkan, malah diselaraskan mengikut kategori barang perniagaan berbanding keadaan kurang teratur sebelumnya,” katanya.

Menurutnya, peniaga bahan keperluan harian seperti ikan mahupun sayuran akan diletakkan mengikut nombor kedudukan ditetapkan nanti demi memudahkan peniaga dan pengunjung.

Malahan, katanya, kebanyakan pengunjung tidak perlu bimbang kerana jenis barangan bukan halal dijual berasingan dan diletakkan bahagian khusus tersendiri.

Mat Noh berkata, bangunan dua tingkat berkenaan menyediakan kemudahan lengkap seperti gerai jualan, surau dan tempat parkir untuk keselesaan pihak berkaitan.

“Bahagian makanan pula ditempatkan di ruang atas bangunan. Malah, ruang niaga mencukupi untuk peniaga tapak lama yang dirobohkan tersebut,” katanya.

Katanya, pihaknya menawarkan harga sewa  berpatutan  yang mana wang itu digunakan untuk kerja menyelenggara kemudahan asas dan perkhidmatan premis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan keengganan lebih 100 peniaga berpindah ke tapak sementara menyebabkan pembinaan pasar moden berkenaan tergendala.

Pada Februari 2013, tapak pasar lama dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan pasar baru serba moden, manakala peniaga dipindahkan ke tapak sementara.

Ada segelintir peniaga masih tidak berpuas hati mengenai kemudahan tapak sementara namun, ditambah baik pihak bertanggungjawab pada Mac tahun lalu, sekali gus membolehkan peniaga menjalankan perniagaan di tapak sementara selama dua tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.