`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 15, 2014

5 FOTO SUASANA MAJLIS PENERANGAN ISU SEMASA NEGERI SELANGOR AHLI PARLIMEN PANDAN DAN ADUN SEKINCHAN DI SABAK BERNAM.



Omak mendapat 5 foto suasana sambutan yang diberikan penduduk tempatan sempena Majlis Penerangan Isu Semasa Negeri Selangor bersama Ahli Parlimen Pandan merangkap Pengarah Strategi PKR, YB Rafizi Ramli dan ADUN Sekichan YB Ng Suee Lim yang diadakan malam tadi 14hb Ogos 2014 di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Penerangan diberikan kepada penduduk Sabak Bernam justifikasi mengapa TSKI wajar diganti sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.

Omak tidak mau mengupas dengan panjang lebar tentang sambutan yang diberikan sekadar mengajak pembaca melihat 5 foto yang dimuat naik untuk melihat, berfikir dan menilai.

Dengar ceritanya sambutan amat hambar sebab penduduk tempatan dapat tahu malam tadi Kak Wan tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Penduduk Sabak Bernam maukan Kak Wan sendiri memberikan penjelasan tentang kewajaran dan justifikasi mengapa TSKI mesti ditukar sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan kesahihan Kak Wan  mendapat sokongan padu 30 ADUN Selangor untuk dilantik sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang baru. Ini kerana semasa taklimat dan penerangan di Ampang dan Shah Alam baru-baru ini sambutan dikatakan amat memberangsangkan sekali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.