`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 22, 2014

Yang ini JKM dan Baitulmal dah bantu, selebihnya kitalah


Yang ini JKM dan Baitulmal dah bantu, selebihnya kitalah yang kena bantu, siapa nak bantu boleh masuk akaun Maybank saya ROZMAL BIN MALAKAN , No Akaun 155126945930 , tlg tel/Whatsapp 012-2267406 selepas bank ini. Atau boleh beri terus kepada keluarga ini.

Tabah jaga suami terlantar

REMBAU - Melihat keadaan suami yang terlantar lesu, hatinya sedih dan sayu.

Namun, Norpiah Majid, 67, menerima dugaan itu dengan kuat dan tabah demi meneruskan kelangsungan hidup.

Suaminya, Abdul Latif Osman@Othman, 77, berhenti kerja setelah mengalami masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi, sejak setahun lalu.

Keadaannya itu menjadikan Abdul Latif yang dahulunya bekerja sebagai pengawal keselamatan di bengkel Mara, terpaksa bergantung harap pada isteri dan ahli keluarga untuk mengurus diri.

“Kini, dia terlantar sakit dan terpaksa memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu bergerak lagi. Malah saya juga harus membantu menyuapkan makan dan minum suami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batu Hampar, dekat sini.

Tambah Norpiah, suaminya merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM200.

Namun kata Norpiah, semua bantuan itu digunakan  untuk keperluan suaminya dan ubat-ubatan mereka sekeluarga memandangkan dia serta anak-anaknya juga menghidap penyakit kronik. -SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.