`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 1, 2014

WISMA PUTRA SUDAH KENA KANTOI DENGAN KERAJAAN NEW ZEALAND ISU PEGAWAI WARAN YANG DITUDUH MENCABUL CUBA MEROGOL.

JENIS DAH BIASA TIPU MAK CIK-MAK CIK FELDA MAKA KERAJAAN UMNO INGAT DIA SENANG-SENANG NAK TEMBERANGKAN KERAJAAN NEW ZEALAND YANG TERKENAL SEBAGAI HAMPIR SIFAR RASUAH.

AKHIRNYA NEGARA JUGA DAPAT MALU BESAR!!!



New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.