`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 18, 2014

Video & Gambar2 Terkini Pesawat Mas M17 Yang Ditembak Jatuh Di Ukraine












Moscow: Sebuah pesawat Malaysia dengan 295 penumpang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia, hari ini.

Menurut agensi media Russia Interfax, sumber industri penerbangan berkata, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Interfax juga melaporkan pesawat itu dipercayai ditembak jatuh pada ketinggian 10,000 meter. Menurut seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Buk.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebooknya, pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket Buk. 

Pelancar serupa dilihat oleh wartawan Associated Press berhampiran bandar Snizhne di timur Ukraine, awal Khamis.

Sementara itu, Malaysia Airlines mengesahkan telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17 dari Amsterdam dan lokasi terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine. - Agensi







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.