`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 18, 2014

Tiada istilah seperti yang didakwa Rafizi

Tiada arahan yang mengatakan Deepak perlu diberi layanan istimewa dan tiada satu perkataan pun di dalam surat tersebut yang mengatakan bahawa itu adalah arahan.
photo (12)PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao membuat laporan polis berhubung kenyataan Rafizi Ramli menerusi artikel bertajuk ‘Skandal Bank Rakyat Bukti Menteri Perdagangan Dalam Negeri beri arahan selamatkan Deepak’ yang ditulis oleh Rafizi Ramli dalam blognya yang turut disertakan bersama lampiran surat mengandungi tandatangan  Dato’ Sri Hassan Bin Malek.
“Rafizi mendakwa Hassan Malek mengeluarkan arahan untuk menyelamatkan Deepak. Dia juga menambah bahawa Hassan mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa yang bertentangan dengan amalan biasa pentadbiran pinjaman bank.
“Ini merupakan satu fitnah yang terlampau di mana beliau cuba merosakkan minda rakyat. Jika dilihat balik kepada isi kandungan surat yang dihantar oleh Menteri itu kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak,  Dato’ Hassan langsung tidak menulis perkataan ‘Istimewa’ di dalam surat tersebut.
“Tiada arahan yang mengatakan Deepak perlu diberi layanan istimewa dan tiada satu perkataan pun di dalam surat ini yang mengatakan ia adalah arahan,” kata beliau yang ditemui di Balai Polis Petaling Jaya.
Tambah Ramesh, menerusi surat tersebut, Hassan hanya mengatakan tindakan akan ditarik balik jika Deepak boleh membuat pembayaran semula pinjaman duit tersebut dan sekiranya pembayaran pinjaman gagal dilunaskan, tindakan akan diteruskan.
“Ini adalah standard procedure dalam Non Performing Loan. Kenapa Rafizi perlu spin cerita sebegini? Ini bukan kali pertama Rafizi Ramli buat macam ini. Macam isu anak Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan beli kondo mewah, Rafizi kata SPRM tidak boleh siasat sebab Rosmah terlampau kebal. Saya cabar dia pergi SPRM, bawa bukti ke depan. Pendapat saya, Rafizi Ramli perlu ditangkap di bawah Akta Hasutan,” akhirinya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.