`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 16, 2014

Remote Kereta Perodua Rosak



Pernah mengalami remote kereta rosak/bateri habis selepas kunci kereta? Aku pernah berdepan situasi ini. Masa tu pergi makan angin di Kota Bharu. Gerak dari rumah awal pagi. Sampai Kota Bharu lepas asar. Huhh. Jauh betul Kota Bharu ni dari rumah aku. Esoknya nak gerak ke Rantau Panjang awal pagi. Ye la. Rasanya semua orang luar yang melawat ke Kelantan, mesti pergi ke Rantau Panjang. Destinasi wajib tu.

Bila sampai je kat kereta, tekan-tekan remote, tak boleh. Dah ketuk-ketuk pun tak jadi juga. Buka remote tu, buat-buat pandai ejas kedudukan bateri, pun tak jadi jugak. Haru macam ni. Nak cari kedai yang jual bateri remote, mana nak cari pagi-pagi buta macam ni.

Tetiba teringat la masa mula-mula ambik kereta ni dulu. Salesman Perodua ada ajar macam mana nak matikan alarm andai remote tak berfungsi.
Apa yang Salesman Perodua tu ajar adalah:

>>Buka pintu kereta menggunakan kunci macam biasa. Jangan takut kalau-kalau kereta anda bakal menjerit
>>Masukkan kunci
>>Pulas kunci sampai ke ON(enjin masih belum hidup)
>>Tekan brek.

Dan....alarm kereta pun berjaya dimatikan. Huhuhu. Selamat.

Tips ni hanya untuk kereta Perodua sahaja. Untuk kereta cap lain, boleh tanya Salesman masing-masing. -----kitatauke.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.