`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 10, 2014

" Perangai Macam Budak-Budak. Tidak Padan Dengan Status Ahli Parlimen "



Orang lain pun tension juga Brazil kalah tapi takdelah sampai nak hina bagai. Ahli Parlimen tapi perangai macam budak-budak, otak letak mana pun tak tahu.

Duta Jerman pun kecam, pengguna laman sosial pun kecam, pandai-pandai kaitkan Hitler dengan kekalahan Brazil. Tak pasal-pasal sampai masuk berita antarabangsa. Lebih hina lagi bila nama Brazil ditukar dengan gambar coli, agaknya jiwa kacau kot masa naik muat status twitter nih.



Kecaman demi kecaman yang diterima Datuk Bung Moktar Radin tidak menghalang MP tersebut untuk meneruskan jenaka hambarnya di Twitter mengenai kekalahan pasukan Brazil dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia.

Beliau terdahulu dikecam hebat, termasuk oleh duta Jerman ke Malaysia kerana menyanjung pemimpin parti Nazi Jerman, Adolf Hitler atas kemenangan negara itu ke atas Brazil.


Dalam tulisannya petang ini, beliau menerbitkan pula gambar coli, yang dikenali dengan nama "bra" dalam bahasa Inggeris, untuk mengejek pasukan Brazil.

"BRA" merupakan singkatan nama negara Amerika latin itu dan ditandakan di semua jersi pemain Brazil untuk perlawanan itu.

Gambar baju dalam wanita itu, diterbitkannya di Twitter untuk menjawab tulisan seorang wartawan wanita.

Bung berkata: "Saya merujuk kepada kekuatan pasukan bola sepak Jerman sepertimana pada zaman Hitler ketika memalukan Brazil 7-1".


Tulisan Bung di Twitter yang mengaitkan Hitler itu turut mendapat liputan antarabangsa termasuk majalah Time yang melaporkan bahawa MP tersebut memuji Hitler atas kemenangan pasukan Jerman

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.