`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 25, 2014

Pemandu lori rentung dalam nahas

  • Nahas yang menyebabkan seorang pemandu lori maut. Nahas yang menyebabkan seorang pemandu lori maut.
 1 / 1 
CHANGLUN - Seorang pemandu lori rentung selepas lori dipandunya bertembung dengan sebuah treler dan terbakar di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Asun di sini petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu berlaku selepas sebuah treler menghala arah selatan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung lori dipandu mangsa, Zainol Abidin Salleh, 55, yanh menghala arah utara arah Bukit Kayu Hitam.

Mangsa yang tersepit hanya berjaya dikeluarkan daripada kenderaan itu oleh anggota bomba dan penyelamat kira-kira tiga jam kemudian.

Manakala pemandu treler dilaporkan mengalami kecederaan ringan di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Sufian Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 4.10 petang.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, bahagian kepala sebuah lori muatan minuman keras dan treler membawa papan lapis terlibat kemalangan sedang terbakar.

"Kita berjaya memadamkan kebakaran kira-kira jam 6.00 petang sebelum mangsa dikeluarkan kira-kira jam 7.30 malam," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, salah seorang daripada dua anaknya berkata, kali terakhir dia berjumpa bapanya adalah ketika bersahur pada pagi kelmarin.

"Ayah tidak tunjuk sebarang perubahan cuma tahun ini dia seperti kurang bersemangat untuk membeli baju dan kelengkapan raya," katanya.

Difahamkan jenazah Zainol Abidin akan dikebumikan di kampung halamannya di Tikam Batu, Sungai Petani, dekat sini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.