`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 10, 2014

[PANAS] Kontraktor Kelas F di KEDAH mengamuk, punca dia ada EXCO KEDAH bolot kat kroni dia..!!

KONTRAKTOR G1 DAN G2 (KELAS F) DI KEDAH MENGAMUK

KONTRAKTOR G1 DAN G2 (KELAS F) DI KEDAH MENGAMUK

Rahsia bukan rahsia lagi apabila setiap kedai nasi kandar dalam daerah di Negeri Kedah sudah kedengaran suara-suara bahawa sedang ada satu gerakan mengumpul tanda tangan tanda protes di kalangan usahawan kontraktor kelas marhaen G1 dan G2 terhadap seorang ahli exco Kerajaan Negeri Kedah.

Protes ini membengkak terhadap exco ini kerana beliau dikatakan telah meraup @ pondoi kesemua pojek-projek kecil hak kontraktor G1 dan G2 dan mengumpulkan menjadikan satu projek besar yang bernilai jutaan ringgit dan projek itu sebaliknya telah dianugerahkan kepada sebuah kontraktor besar kepunyaan exco tersebut. 

Pemerhati difahamkan kontraktor-kontraktor kecil dari setiap daerah seluruh negeri Kedah akan berarak berjumpa MB membawa surat petisyen sebagai tanda protes terhadap tindakan tamak exco tersebut dalam sedikit masa ini. 


Jika ini berlaku ia pasti akan mencalarkan integriti serta kewibawaan kepimpinan Mukhriz Tun Mahathir sebagai MB di Kedah. Dan yang lebih parah lagi ia akan menjejaskan pengaruh Barisan Nasional di Kedah dalam PRU14 kelak dan ketika itu BN akan menangis tidak berlagu. 

Yang sudah pasti setiap kontraktor kecil paling sedikit terdiri dari 20 periuk nasi di bawah mereka sudah pasti tidak akan mengudi BN. 

Mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk bangun protes atas alasan periuk nasi mereka dan keluarga mereka telah disamun secara terang-terangan oleh kroni exco ini. 

Mukhriz sudah pasti akan membuat keputusan yang bijak samada mahu menjaga seorang penyamun atau menjaga ribuan periuk nasi kontraktor marhaen yang sedang kelaparan projek.

Semoga dengan kelembutan Mukhriz isu ini dapat di atasi. 

sumber - blog mummy rokiah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.