`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 18, 2014

MH17 berada pada laluan yang diluluskan oleh ICAO

Sebarang maklumat siasatan terkini akan dikongsikan kepada semua termasuk keluarga mangsa
liow tiong laiSEPANG: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 menggunakan laluan merentasi Ukraine yang sedang bergolak kerana laluan itu diisytiharkan selamat dan diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Beliau juga mempertahankan laluan pesawat MH17 telah digunakan banyak kali. Malah, 15 daripada 16 syarikat penerbangan di Asia Pasifik menggunakan laluan ini.
“Syarikat penerbangan Eropah juga telah menggunakan laluan ini. Kami tidak akan menggunakan laluan itu, kecuali jika ada notis saat akhir untuk mengubah laluan berkenaan tetapi…tidak ada sebarang notis.
“MAS memutuskan untuk menggunakan laluan lain selepas Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menutup laluan itu dan menyediakan laluan penerbangan alternatif berikutan nahas MH17,” katanya pada sidang berita di Hotel Sama-Sama di sini.
Tambahnya lagi, kerajaan Malaysia mengecam sebarang tindakan menembak jatuh pesawat awam dan menggesa pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
“Kerajaan merakamkan takziah kepada semua keluarga dan anak kapal pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine malam tadi yang dipercayai ditembak jatuh.
“Jika benar MH17 ditembak, Amerika Syarikat dan Ukraine mengutuk keras perbuatan ini,” ujarnya.
MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine. Pesawat itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.