`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 8, 2014

Lima sebab usul tidak percaya terhadap Musa Aman

Semua parti komponen BN tempatan harus menyokong usul itu jika mereka benar-benar prihatin dengan keadaan di Sabah.
KOTA KINABALU: Ada lima sebab kenapa usul tidak percaya terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman harus dilakukan, kata Daniel John Jambun Presiden Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPIM).
musa amanLima sebab itu katanya adalah;
  1. Beliau tidak dilantik selaras dengan perlembagaan negeri;
  2. Beliau bukan sahaja gagal untuk memastikan isu royalti minyak lebih tinggi untuk Sabah seperti yang diharapkan rakyat, tetapi turut menolak usul yang dibawa oleh ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu;
  3. Beliau gagal mendesak Putrajaya untuk melengkapkan Esscom dan Tentera Laut di Sabah dengan tenaga kerja serta peralatan yang mencukupi untuk menangani masalah keselamatan;
  4. Beliau seolah-olah tidak prihatin dengan hasil laporan RCI yang sehingga kini belum nampak hasilnya. Semasa sesi persidangan membentangkan RCI, nama Musa juga dikaitkan terbabit dalam Projek IC yang diberi kepada pendatang haram. Sepatutnya, beliau mendakwa pihak yang membuat tuduhan itu jika beliau tidak terbabit;
  5. Terakhir, oleh kerana Musa sudah lama menjadi Ketua Menteri, beliau semakin leka dalam melaksanakan tugas nya.
Menurut Jambun, semua parti komponen BN tempatan harus menyokong usul tidak percaya itu jika mereka benar-benar bimbang dengan apa yang berlaku di Sabah.
Beliau juga menolak dakwaan penyokong kerajaan yang menuduh usul tidak percaya itu sebagai gimik politik.
“BoPIM tidak bersetuju dengan kenyataan LDP dan Gerakan yang berkata bahawa usul DAP itu hanyalah gimik politik,”katanya.
Tiga hari yang lalu, Pakatan Rakyat Sabah memfailkan permohonan untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Musa berikutan beberapa kejadian penculikan di pantai timur negeri ini tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.