`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 14, 2014

Kapal kontena diserang lanun

Sumber melaporkan kapten kapal tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas beliau melawan lanun yang dipercayai menggunakan objek tajam.
Oleh Liam Rentap
piratesKUCHING: Sebuah kapal kontena telah dirompak lanun ketika menuju ke Johor dari Kuching pada pagi Rabu.
Penguasa syarikat yang berpangkalan di Bintulu telah membuat laporan polis selepas beliau menerima maklum balas mengenai insiden daripada kapten kapal berkenaan pada jam 6.00 pagi hari Rabu.
Kapal terbabit selamat berlabuh di Muara Tebas.
Lanun terbabit telah mengambil komputer, kamera digital, dua telefon bimbit dan RM5,000 sebelum mereka meninggalkan kapal yang mempunyai 19 anak kapal (dua rakyat tempatan, sembilan warga Myanmar, lima Indonesia dan tiga India) termasuk seorang kapten yang berumur 20-an.
Sumber melaporkan kapten kapal tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas beliau melawan lanun yang dipercayai menggunakan objek tajam.
Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong bersama ahli Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengesahkan kes tersebut kepada Jabatan Marin Indonesia yang akan membantu siasatan.
Insiden berlaku 130 kilometer dari Tanjung Datu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.