`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 4, 2014

JAIS Kantoi Salah 'Tangkap Basah' - Pindah Rumah Dikatakan Buat Maksiat!

Dengar dulu penjelasan dari mangsa keadaan.


Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi  dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan kesalahan khalwat.

Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Hanisha yang merupakan pemilik di butik kecantikan berkata, ketika kejadian Mukamil berada di luar rumah dan wanita itu bersama dua kakitangannya juga merupakan teman serumah berada dalam rumah di Salak Tinggi, Selangor.

"Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh, mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya  pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor hari ini.


Ibu tunggal itu berkata, dua penguatkuasa Jais berkenaan memberitahu hanya memantau selama 5 minit sebelum mereka datang membuat penahanan.

"Pada mulanya saya tanya berapa lama kamu pantau kami, pegawai Jais itu berkata sudah lama namun apabila saya tanya lagi di balai polis kemudian, mereka kata hanya lima minit," kata Hanisha.

Ini bukan kali pertama Jais dikaitkan dengan insiden serbuan apabila pada 1 Jun lalu jabatan agama itu turut mendapat kritikan orang ramai kerana menyerbu pengantin perempuan Zarinah Abdul Majid  kerana kekeliruan status agamanya. – TMI -


-----------------------------------

Taknak komen apa2 dulu. Nak dengar penjelasan dari JAIS dulu. Lepas dah dengar keterangan dari kedua2 pihak baru buat kesimpulan.

Tapi kalau betul la si JAIS neh salah tangkap, memang MEMALUKAN sungguh.

Kita tunggu dan perhatikan dulu.

Kbai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.