`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 7, 2014

INSIDEN YANG PERLUKAN TINDAKAN TEGAS LAGI PANTAS SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA ... SEBUAH RESTORAN DI IBU KOTA TAWAR BERBUKA PUASA DISAMPING ARAK.


Inilah isu yang sepatutnya Setiausaha Agung UMNO Malaysia selaku menteri jaga Ibu Kota ambil perhatian berat bukannya cadangan nak saman pemberi sedekah kepada fakir miskin dan halau outlet yang nak beri makanan dan minuman percuma kepada gelandangan.

Langsung tak tahu keutamaan dan kewajaran dalam memikul tugas dan tanggung jawab sebagai menteri jaga Kuala Lumpur.


Sebuah restoran yang menyajikan arak secara terbuka kepada pelanggan di Jalan Yap Kwan Seng di sini dikesan turut mengadakan promosi bufet Ramadan kepada masyarakat Islam.

Promosi restoran atau bar itu terbongkar selepas premis tersebut diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Operasi pertama bagi tahun ini bermula pada pukul 11.30 pagi di sekitar segit tiga emas ibu negara sebelum pemeriksaan lanjut diteruskan ke setiap premis dan hotel yang mempromosikan bufet Ramadan.

Difahamkan, restoran yang menyediakan masakan Melayu dan Arab pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak) itu aktif dengan penjualan arak pada waktu malam serta tidak mempunyai sijil halal.

Operasi yang diketuai oleh Penolong Pengarah Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman turut meneliti barangan asas yang digunakan dalam makanan bufet Ramadan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.