`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 8, 2014

Gadis 22 Tahun Mangsa Pelacuran Ditemui Terkurung Di Melaka

JERIJI besi yang terpaksa dipecahkan bagi menyelamatkan wanita tempatan dipercayai mangsa pemerdagangan manusia. 


Melaka: Seorang wanita berasal dari Perak dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan polis di sebuah rumah kedai di Taman Seri Krubong di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, mangsa berusia 22 tahun yang dikurung ditemui orang awam menangis di hadapan pintu jeriji besi rumah kedai yang berkunci, kira-kira 2.30 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Perak dibawa ke rumah kedai ini kira-kira jam 10 malam tadi oleh dua lelaki sebelum dipercayai dikurung dan dilacurkan kepada tiga pelanggan.

"Mangsa ditemui selepas memanggil orang awam yang melalui hadapan rumah kedai ini untuk meminta bantuan kerana pintu jeriji besi di situ dikunci," katanya ketika ditemui di lokasi di sini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.