`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 1, 2014

ATAS DASAR KEBAJIKAN,LOLANOPITA DIJAMIN

Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 40, dibebaskan dengan jaminan selepas wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim's Airline Catering (BAC) membayar wang jaminan berjumlah RM7,000 di Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, semalam.

Terdahulu, wanita terbabit mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu didakwa sengaja mengabaikan anaknya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi serta dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan tidak berpatutan.



Lolanopita berdepan dua tuduhan itu pada Jumaat lalu dan mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu.



Dua wakil syarikat itu kelihatan masuk ke kompleks mahkamah pada jam 3.30 petang dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Innova sebelum ke kaunter bayaran. Turut hadir peguam Lolanopita, Hanif Hassan.


Difahamkan, wang jaminan terbabit dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja terbabit terhadap nasib menimpa Lolanopita.


Lolanopita yang hadir ke mahkamah dengan diiringi polis kelihatan memakai tudung berwarna merah jambu dan menutup mukanya sebaik menyedari gambarnya dirakam media.

Dia perlu hadir semula ke Mahkamah Sesyen, di sini, pada 24 Julai ini untuk sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.