`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 18, 2014

Adakah Hafarizam Harun fikir PAS mudah ditipu? – Syed Farouk



Datuk Hafarizam Harun, peguam Umno yang terkenal kerana peranannya dalam krisis perlembagaan Perak, kini cuba mempengaruhi aliran politik di Selangor.
Dakwaannya bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak sesuai menjadi menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita, mempunyai uzur sharie (haid) dan oleh itu tidak akan dapat melaksanakan tugas istiadat tertentu, jelasnya satu usaha untuk mempengaruhi ahli PAS supaya mengekalkan menteri besar semasa, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Usaha beliau akan terbidas balik.
Ahli PAS juga tidak akan mengambil kira komennya dengan serius.
Pertama, apakah kemungkinan PAS atau lain-lain di dalam Pakatan Rakyat menerima arahan daripada peguam Umno yang memainkan peranan penting dalam krisis perlembagaan di Perak?
Krisis tersebut memindahkan kuasa dari PAS dan Pakatan Rakyat, kepada Umno.
Kedua, sokongan tersirat Hafarizam untuk Khalid Ibrahim hanya akan meningkatkan kecurigaan bahawa Khalid mungkin mengubah pegangannya dan menyokong kepentingan Umno di Selangor.
Setiap kali sesiapa dari Umno menyokong beliau, ini memperkukuhkan rayuan untuk Selcat menyiasat penyelesaian kes Bank Islam beliau (yang dikhabarkan diaturkan oleh seorang lagi peguam Umno Rashid Manaf).
Ketiga, dikhabarkan bahawa Hafarizam dan keluarga bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi memperolehi konsesi Lebuh Raya Kidex melalui proses tertutup di Putrajaya, sebagai "ganjaran" kerana peranan mereka dalam krisis Perak.
Lebuh Raya Kidex kini menghantui Pakatan Rakyat di Selangor.
Ahli Pakatan memutuskan bahawa Lebuh Raya Kidex adalah satu "projek kroni Umno" dan manifesto Pakatan Rakyat, yang disokong oleh PAS, jelas menentang kronisme.
Usaha Hafarizam menggunakan hujah agama dibongkar oleh pihak media sebagai bermotivasikan kepentingan peribadi untuk mengekalkan projek Kidex yang bernilai RM 2.4 bilion.
Seperti dijangka, Hafarizam menafikan ini. Namun Khalid adalah satu-satunya ahli politik di Selangor yang menyokong Kidex secara terbuka.
Ramai yang lain yang kuat menentang Lebuh Raya Kidex kerana ianya tidak konsisten dengan komitmen Pakatan kepada rakyat Selangor.
Hujah Hafarizam juga boleh dilihat sebagai hipokrit, kerana Lebuh Raya Kidex yang dia berniat membina, untuk kepentingannya sendiri, akan melintas sedekat 7m dari Masjid Tun Abdul Aziz dan menenggelamkan panggilan azan.
Kedekatan Lebuh Raya Kidex sebenarnya menghina tapak agama ini.
Jika Hafarizam berharap bahawa PAS atau sesiapa sahaja di Selangor mungkin mengambil arahan daripada seorang peguam Umno, yang mengambil bahagian dalam krisis perlembagaan Perak, yang syarikatnya menerima tender di bawah keadaan yang boleh dipersoalkan, walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan lebuh raya, beliau tersilap besar!
Semua untuk sebuah lebuh raya yang ditentangi ramai rakyat Selangor, dan dengan menggunakan hujah agama supaya beliau boleh mendapatkan berjuta-juta membina sebuah lebuh raya yang akan melalui di atas salah satu masjid yang terkenal di Selangor.
Ahli PAS yang bijak dan orang ramai secara umumnya, lebih berkemungkinan akan menganggap kenyataan beliau sebagai berkepentingan sendiri, tidak menghormati kaum wanita dan tidak wajar dari segi politik.
* Syed Farouk pembaca The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.