`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 21, 2014

2 pesawat Hercules C130 bawa balik mayat mangsa #MH17


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyediakan dua pesawat jenis Hercules C130 untuk membawa balik mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata pesawat itu turut digunakan untuk membawa anggota tambahan TUDM ke Ukraine bagi membantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).

"Pesawat ini kita siap sedia dan akan digunakan sekiranya diperlukan untuk melaksanakan tugas," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Panglima ATM Bersama Warga TUDM dan Kolej TUDM di Kepala Batas hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan menambah 30 lagi anggota TUDM untuk membantu pasukan penyelamat yang telah berlepas ke Ukraine sebelum ini dengan 10 anggota perubatan.

Katanya pihaknya turut menghantar dua anggota dari Kor Agama ATM bagi membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam menguruskan jenazah penumpang beragama Islam.

Pada majlis tersebut Zulkifeli turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota TUDM yang menghadapi penyakit kronik dan anak warga TUDM yang sakit kronik. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.