`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 10, 2014

PAKAR MOTIVASI YANG DIKAITKAN DENGAN KES CABUL PELAJAR UiTM ARAU, MENAFIKAN ADA MEMBUAT SEBARANG KENYATAAN MENGENAI SIASATAN KES POLIS TERHADAP DIRINYA.



Beberapa hari lepas, satu kenyataan kemaskini di fanpage facebook Prof Izzi berhubung dakwaan mencabul pelajar telah tersebar secara meluas di laman-laman sosial dan blog-blog tempatan seperti berikut:-

"Sebarang kenyataan mengenai kes ini dlm ruangan komen SEBELUM kenyataan saya sebentar tadi iaitu: Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan. adalah BUKAN dari saya. Apa pun terima kasih kpd komen2 yg diberikan."
Status kenyataan tersebut menyebabkan ramai pengguna facebook meninggalkan komen yang bertanya samada status itu adalah penjelasan tersirat yang datang dari Prof Izzi Ali sendiri berkenaan isu dituduh cabul pelajar atau tidak.

Bagaimanapun, hanya sebentar tadi, Prof Izzi Hj Ali telah memuatnaik satu status di fanpage facebooknya yang menafikan perkara itu. Katanya, apapun status yang dimuatnaik sebelum kenyataan "Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan." bukan datang darinya.

Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan komen-komen dalam status yang terdahulu.

Omak Kau  harap dengan penjelasan terbaru Prof Izzi Ali akan dapat merungkai teka-teki di benak peminat masing-masing berhubung kenyataan di fanpage facebook beliau sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.