`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 24, 2014

NASI LEMAK BERGETAH !





Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cemas selepas tertelan getah gelang ketika menikmati sarapan nasi lemak.
***Siapa kata anda tidak boleh mendapatkan kereta anda sendiri semasa belajar? [ ketahui lebih lanjut ]


Ibu kanak-kanak berkenaan, Suhaida Zakaria, 36, berkata, nasi lemak itu dibeli di sebuah kedai makan di sini.

Menurutnya, dia terkejut kerana anaknya seperti tercekik sesuatu ketika sedang makan di kedai yang sama.

“Saya ingatkan anak saya tertelan ikan bilis tapi dia gelengkan kepalanya sedangkan pada masa itu mukanya sudah merah, saya memintanya untuk mengorek kembali apa yang dimakannya.
“Nasib baik dia cuba memuntahkan balik apa yang ditelannya, ketika itu saya terkejut kerana ternampak getah gelang yang berwarna sama seperti sambal nasi lemak selepas dimuntahkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Suhaida yang berasal dari Teluk Kumbar itu juga memberitahu dia terkejut kerana terdapat satu lagi getah gelang dijumpai pada sambal nasi lemak dalam bungkusan makanan anaknya itu.

Akibat tidak berpuas hati, Suhaida bertindak memanggil pemilik kedai makan berkenaan.

Katanya, bagaimanapun dia kecewa kerana pemilik berkenaan memberitahu nasi lemak terbabit bukan dimasak olehnya kerana dia hanya menjual sahaja.

“Mereka kata tidak boleh buat apa-apa melainkan dia akan memaklumkan sahaja kepada tukang masak nasi lemak terbabit.
“Pada saya ini memang amat mengecewakan, selepas ini kalau boleh saya nasihatkan orang ramai lebih berhati-hati menikmati makanan luar daripada rumah kita.
"Saya sendiri tidak menjangka kejadian sebegini berlaku kepada saya, jika getah terbabit dapat dijumpai sebelum makan, saya sendiri akan berhati-hati tapi akibatnya anak saya sendiri tertelan kerana warnanya menjadi sama seperti sambal,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.