`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 21, 2014

" Hina Rosmah Kena Tangkap Hina Karpal Singh Hanya Nasihat. Untuk Orang UMNO Buat Apapun Takpa, Rasuah Pun Lepas "




Jika yang dihina atau dikritik Najib atau Rosmah habis kecoh 1 Malaysia, maka NGO-NGO akan melalak berminggu-minggu, polis pula bertindak dengan cepat. UMNO sajalah yang suci tak pernah buat silap, dasar double standart.

Senangnya jadi ahli UMNO maki ulama, maki pemimpin PR ada orang jaga, takpa di dunia lepaslah korang. Hari pembalasan nanti korang terimalah.


Umno hari ini berkata akan bertindak untuk menasihati Ahli Parlimen ‎Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad susulan daripada perbuatan pemimpin itu yang menghina kematian mendiang Karpal Singh di laman Facebook minggu lalu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan displin akan dikenakan ke atas ahli Parlimen itu memandangkan Nawawi sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Saya sudah komen mengenai kes ini menerusi akaun Twitter saya. Dalam kes membabitkan penghinaan kepada mendiang Karpal, perbuatan seumpama itu memang kita tidak sokong.
"Namun kita tidak akan ambil tindakan kerana ia dilakukan atas kapasiti peribadi dan saya percaya ia mungkin tidak disengajakan. Kita hanya akan menelefon dan memberi nasihat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program karnival remaja di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno itu juga tidak mewakil pendirian parti yang jelas bersimpati dan berduka dengan kehilangan ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
Khamis lalu, Nawawi memuat naik gambar kemalangan Karpal dengan memaparkan keratan akhbar penentangan hukum hudud di laman Facebooknya.
Bagaimanapun setelah mendapat kritikan ramai, tiga jam selepas itu, beliau bertindak memadamkan entrinya itu daripada laman Facebook.
Sementara itu, Adnan yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan turut ditanya adakah BN akan menghantar calon bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang berikutan kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas kematian Karpal.
"Kita tunggu presiden parti Datuk Seri Najib Razak untuk putuskan. Saya juga sudah berbincang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang akan melihat dahulu situasi ini," katanya.
Katanya, kerusi Parlimen Bukit Gelugor ditandingi oleh MCA sebelum ini.
"Kerusi tersebut merupakan kerusi MCA kerana peratus bagi pengundi Melayu hanya 10%, India 11% dan Cina 70%. Jadi kita akan dengar apa pertimbangan MCA," katanya. TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.