`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 5, 2014

Dimana kita patut risau dengan GST-Bahagian 2



Merujuk kepada 160 buah negara lain hanya satu alasan untuk menjustifikasikan perlaksanaan GST. Ini bukan sebab yang sebenar mengapa kerajaan BN yang hanya mendapat 47% dari undi pengundi yang benar2 keluar, mahu melaksanakan GST.

Mereka mahu laksanakan GST sebab mahukan lebih wang untuk mendanai keborosan mereka. Sekali lagi saya ulang, budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus pemimpin BN.

Fakta nya ialah kerajaan BN amat boros dan duit sudah habis. Dengan alasan mahu mencekup mereka yang lari dari membayar cukai dan menghukum mereka yang melakukan pemalsuan lapuran income returns, GST dilaksanakan. Kerajaan tahu siapa yang lari bayar cukai atau buat silap mata- kenapa tidak tangkap mereka? Kerajaan tahu banyak syarikat2 besar dan syarikat milik orang2 istimewa tidak bayar hutang seperti hutang bil letrik yang berjuta Ringgit- tapi tak kutip hutang ini. 

Kerajaan akan kata GST akan menutup ketirisan dalam pengutipan cukai. Mereka akan juga berkata GST akan menyebabkan lebih ketelusan dalam urusniaga bila semua peniaga dalam rantaian bekalan akan file in claim untuk mendapatkan rebate keatas GST yang dikutip.

GST akan menghasilkan semua objektif2 ini. Saya akan menyatakan disini bahawa lambat laun, GST pasti dilaksanakan. Saya ulang sekali lagi agar mudah di faham- lambat laun GST akan dilaksanakan. Kita setuju GST dilaksanakan tapi timing nya belum lagi. Jika dilaksanakan juga, yang akan merasai teruk ialah golongan yang berpendapatan rendah yang akan membayar harga barang yang lebih tinggi dan yang akan menggunakan bahagian yang lebih besar dari pendapatan mereka untuk GST.

untuk Malaysia masa itu belum sampai kerana pendaaptan per-kapita kita tidak timgggi. jurang antara kaya dengan miskin tinggi; pekali GINI kita ialah 0.43( 2012) dan dikalangan orang Melayu (0.421).

Kerajaan BN berhutang dengan banyak seperti yang saya sebut diatas. Hutang sector awam dari sudut peratusan GDP sudah hampir 55%. Itu yang rasmi. Jika kita campur pula tanggungan hutang yang kerajaan gerenti melalui SPVs ynag mereka ujudkan untuk meminjam wang, maka sudah pasti hutang sektor awam menjangkau 55%. Ini semua mereka tidak peduli selagi mereka dapat wang dalam tangan mereka.

Sebab itu saya nyatakan, wang yang banyak bahaya atau tidak, bergantung kepada kualiti kerajaan dan kualiti pengurusan keatas kumpulan wang yang ada. Sebuah kerajaan yang korap seperti BN dan fakta mengenai ketirisan ini semua ada dilapurkan oleh ketua odit negara, maka duit dalam perbendaharaan kita tidak selamat. Lagi banyak wang ada dalam tangan, lagilah rancak rompakan yang akan dilakukan.

Kerajaan BN tidak ada cara lain selain dari melaksanakan GST. Jika tidak BN akan bengkrap. Kadar faedah dalam pasaran ekwiti dan bond makin baik di negara seperti Amerika syarikat. Maka pengurus dana akan memindah wang yang ada dalam negara Malaysia ke Amerika. Dengan pengukuhan kadar pulangan dalam pasaran bond dan ekwiti di Amerika, pasaran diMalaysia mesti menaikkan kadar pulangan keatas pelaburan di Malaysia. Ini akan menyebabkan kos untuk meminjam oleh kerajaan akan meningkat. Kerajaan tidak tertanggung kos bayaran pinjaman yang sedia ada yang mencecah RM20 bllion setahun.

Pengurusan kewangan yang lemah menyebabkan credit rating kita menurun. Fitch’s rating menurunkan credit rating nya keatas Malaysia menyebabkan kebolehan meminjam Malaysia menjadi susah. Walaupun Moody’s membaiki rating Malaysia tapi masih memberi amaran bahawa rating ini bila2 akan berubah diberi iklim pengurusan kewangan Malaysia yang rakus. Ratings ini semua tidak memberi keyakinan kepada pemimjam terhadap Malaysia.

Jadi apa Malaysia buat?

Malaysia boleh kurangkan sabsidi dan ini akan membangkitkan kemarahan rakyat. Malaysia boleh mengurangkan bajet pembangunan tapi ini akan mengurangkan kapasiti negara yang mahukan ekonomi berkembang. Malaysia boleh kurangkan ketirisan tapi nampak macam tak terdaya. Wang haram dan rasuah terus meningkat. Malaysia boleh mengurangkan belanja mengurus tapi kerajaan tidak mahu berkonfrontasi dengan 1.2 juta penjawat awam. Gaji mesti naik. Kerajaan boleh membaiki cara pembelian barangan dan perkhidmatan. Tender terbuka adalah istilah yang sangat kerajaan takuti dan Daim pernah beritahu tender terbuka memakan masa dan kompleks. Jadi, kita tahu kerajaan tetap lakukan procurements  cara lama. Iaitu tender tertutup atau direct negotiation.

Apa dia boleh buat?

Jawapan nya GST. Memang benar GST dari sudut perakaunan adalah cara pantas dan cekap untuk mendapatkan cukai dari setiap jenis pengguna input dan penjual output. Beza antara cukai input dan cukai output ialah GST yang dikutip oleh kerajaan. Dalam ekonomi GST yang mudah, ada 4 jenis pengguna input- pengilang atau pengeluarpemborongperuncit dan akhir sekalipengguna isi rumah. Pada setiap peringkat atau rantaian bekalan ini, kerajaan akan mengenakan cukai GST. Dari sudut tiori tidak ada orang dapat lari.

Yang sebetulnya yang tidak dapat lari ialah pengguna akhir- isi rumah. Yang lain masih boleh terus lari bahkan claim keatas kerajaan. Dalam keadaan dimana barangan di zero rated atau tidak dikenakan GST, tidak ada kaedah untuk menyekat pengguna input terakhir dalam rantaian tesrebut iaitu si peruncit daripada memasukkan cukai GST dalam harga jualan nya. dia recover kos dia dan claim daripada kerajaan lagi.

Sebab itu kita kata GST ini tidak berhati perut, dia tidak kira siapa pengguna imput sama ada berpendapatan tinggi atau rendah. GST akan mencederakan rakyat yang berpendapatan rendah yang majority nya Melayu.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.