`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, November 9, 2012

WHO SAID MALAY RULERS ARE NOT FIRM.... (in Malay)



Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….

Lega rasanya bila Harian Metro keluaran hari Rabu, 7 November 2012 melapurkan yang Sultan Selangor merasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Nurul Izzah.


Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Azib Mohd Isa selaku penasihat dan juga jurucakap baginda juga memberitahu bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah di arahkan untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Nurul Izzah.


Alhamdulillah, inilah yang sepatutnya di lakukan oleh seorang Sultan terhadap sesiapa juga yang membuat kenyataan liar dan semberono terhadap Islam. Tanpa mengira siapa yang memberikan kenyataan tersebut. Samaada pemimpin pembangkang atau pun pemimpin kerajaan.


Kini terpulanglah kepada budi bicara JAIS untuk melaksanakan titah tersebut. Apa yang penting di sini DYMM Sultan Selangor telah membuktikan bahawa baginda sememangnya prihatin terhadap Islam dan umat Islam. Inilah yang sememangnya kita kehendaki dari seorang payung negeri yang sememangnya bertanggung-jawab untuk mempertahankan Islam.


Iltizam dan keberanian yang seperti inilah yang kita harapkan.Teruskan usaha Tuanku untuk mempertahankan Islam. Buktikan kepada dunia bahawa Raja-Raja Melayu di Malaysia adalah benteng utama Islam. Payung agama, bangsa dan negeri. Buktikan juga bahawa Raja-Raja Melayu tetap relevan sampai bila-bila.

Teruskan Tuanku! Tuanku pertahankan Islam, kami pertahankan Tuanku!

Semoga orang Melayu semakin sedar siapalah Melayu tanpa Raja dan agamanya.

Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus 
 
Founder 
 
World Islamic Chamber Of Commerce 


-- Uncleseekersv2

2 comments:

  1. Nurul adalah jurucakap Karpal Singh dan DAP, musuh ALLAH yg jelas mahu menghancurkan agama Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Mahathir, Pak Lah dan Najib yang mempersendakan HUDUD pulak jurucakap siapa? Kenapa Sultan hanya berani bersuara untuk menegur pemimpin atau penyokong PR sahaja? Kenapa Sultan tak bersuara menegur segala cacian terhadap Islam yang dilakukan oleh penyokong dan pemimpin-pemimpin BN? Nak jaga Islam ker nak jaga BN ni? Kelakuan memalukan anakanda sultan sendiri siapa pulak yang nak tegur? Tunggu YDP Agong tegur ker? Malaysia BOLEH!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.